awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjuangan Sandra dalam Big Stage bergantung kepada tahap kesihatannya

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
06/09/2020
15:40 MYT
Perjuangan Sandra dalam Big Stage bergantung kepada tahap kesihatannya
Sandra masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya dan masih tidak sedarkan diri. - Instagram/Sandra Dianne
Big Stage minggu keempat bersiaran tanpa kemunculan seorang pesertanya, Sandra Dianne yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana terlibat dalam kemalangan raya.
Pihak produksi Big Stage 2020, masih lagi menantikan perkembangan terkini daripada pihak hospital berhubung keadaan semasa peserta tersebut.
Sebarang keputusan melibatkan penyertaanya dalam Big Stage, akan dibuat bergantung kepada nasihat doktor dan pakar perubatan.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata fokus paling utama adalah untuk memastikan Sandra kembali sembuh.
"Selaku penganjur ‘Big Stage 2020’, kami masih lagi menunggu status perkembangan terkini mengenai keadaan Sandra daripada pihak hospital sebelum membuat sebarang keputusan lanjut berhubung penyertaan beliau dalam pertandingan ini.
"Apa jua keputusan yang akan diambil selepas ini adalah bergantung kepada nasihat doktor dan pakar," katanya dalam kenyataan media tersebut.
Penyertaan Sandra juga akan dikecualikan bermula minggu ini sehingga tempoh yang diberitahu dan pihak produksi akan tetap meneruskan bayaran penuh elaun 'Big Stage 2020' kepada beliau sehingga penganjuran musim ini tamat.
Katanya lagi, Sandra kini masih dirawat dan tidak sedarkan diri.
BACA: Peserta Big Stage, Sandra Dianne terlibat dalam kemalangan
BACA: Sandra Big Stage masih dalam ICU, kedudukannya diumum malam ini
Tambahnya, Astro turut memohon agar semua pihak dapat memberi masa dan ruang kepada keluarga Sandra untuk bertenang sehingga keadaan lebih stabil dan mendoakan agar segalanya dipermudahkan.
Terdahulu, Sandra Dianne dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) semasa menuju ke raptai penuh Big Stage yang berlangsung di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Astro
#BBNU
#Big Stage
#Hospital
#ICU
#kemalangan
#perubatan
#Putrajaya
#Sandra Dianne
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan