awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye, tujuh negara lain gesa Israel tarik balik sekatan bantuan Gaza
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sandra Big Stage masih dalam ICU, kedudukannya diumum malam ini

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
06/09/2020
11:28 MYT
Sandra Big Stage masih dalam ICU, kedudukannya diumum malam ini
Sandra Dianne (kiri) dilaporkan masih dirawat di ICU Hospital Putrajaya. Gambar kanan pula keadaan kereta yang dinaiki Sandra selepas mengalami kemalangan.
KURANG dua jam sebelum konsert minggu keempat Big Stage bersiaran, peminat setia program itu ternanti-nanti nasib salah seorang pesertanya, Sandra Dianne.
Ini kerana, bintang berkenaan yang dilanda musibah kemalangan jalan raya pada Sabtu dilaporkan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.
Berdasarkan laporan terkini, keadaan Sandra masih lagi tidak sedarkan diri.
Pihak pengurusan penyanyi itu juga tidak dapat berkongsi sebarang maklumat baharu memandangkan hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan untuk melawat pelantun lagu Hey! Kau itu.
BACA : Peserta Big Stage, Sandra Dianne terlibat dalam kemalangan
Pada malam ini, Sandra sepatutnya mempersembahkan lagu Nuri yang dipopularkan oleh penyanyi ternama tanah air, Ella.
Astro AWANI difahamkan juga, stesen penyiar program ini akan memaklumkan mengenai kedudukan Sandra dalam Big Stage secara langsung malam ini.
Pada Sabtu, Sandra terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) semasa menuju ke raptai penuh konsert Big Stage.
Antara peserta yang masih bertahan dalam Big Stage ialah Farisha Iris, Usop, Azzam Sham dan Hafiz Zainal.
View this post on Instagram
.. Korang rindu tak lagu-lagu ni? Jom nyanyi sama-sama MALAM NI ! Saksikan persembahan peserta Big Stage 2020 minggu 4 yang bertemakan 'BABY BASH'. . Undi peserta kegemaran anda di www.gempak.com/bigstage dan juga aplikasi Syok. . Jangan lupa, Big Stage 2020, setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria/Ria HD dan Astro GO juga rakan digital rasmi @astrogempak . #BigStage2020 #DominasiBBNU #HapusCOVID19
A post shared by AstroAwani (@501awani) on
Sep 5, 2020 at 11:00pm PDT
Topic Berkaitan
#BBNU
#Big Stage
#hospital putrajaya
#kemalangan
#Sandra Dianne
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan