PUTRAJAYA: Kira-kira 73.13 peratus syarikat yang terlibat dalam filem dan drama tidak tahu mengenai keperluan mendapatkan Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda sebelum menggajikan pelakon dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata kajian mengenai penggajian pelakon kanak-kanak dan orang muda dalam filem dan drama di Semenanjung Malaysia juga mendapati 52.9 peratus syarikat tidak pernah memohon Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda, dan 47.1 peratus tidak pasti berkenaan dengan permohonan lesen itu.
"Maklumat asas penggajian yang diperoleh menunjukkan bahawa tiga kumpulan umur tertinggi bagi penggajian pelakon kanak-kanak dan orang muda bagi filem atau drama di Semenanjung Malaysia adalah yang umur antara 15 dan 17 tahun 11 bulan yang merangkumi 32.7 peratus; diikuti dengan kumpulan umur 13 tahun 11 bulan hingga 14 tahun 11 bulan (32.4 peratus); dan lima tahun 11 bulan hingga 12 tahun 11 bulan (24.7 peratus)," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku Laporan Kajian Penggajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda dalam Filem dan Drama di Semenanjung Malaysia serta Buku Laporan Kajian Diaspora Malaysia di Brunei Darussalam, di sini hari ini.
Menurut Mohd Uzir sebanyak 361 syarikat yang menggajikan pelakon kanak-kanak dan orang muda dalam filem dan drama telah menjawab soalan-soalan dalam soal selidik yang dijalankan dari 8 Feb hingga 31 Dis lepas itu, dan ia merupakan penyelidikan berorientasikan dasar, yang bertujuan membantu pembuat dasar serta pemegang taruh yang terlibat.
Mohd Uzir berkata bagi mengatasi isu mengenai keperluan mendapatkan lesen hiburan awam sebelum menggajikan pelakon kanak-kanak dan orang muda, 63.4 peratus syarikat bersetuju bahawa aktiviti pendidikan perburuhan perlu ditingkatkan dalam memastikan pihak-pihak yang terlibat mempunyai kesedaran serta pengetahuan untuk mematuhi undang-undang perburuhan yang berkaitan.
Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 [Akta 350] mentakrifkan kanak-kanak adalah mereka yang berusia di bawah 15 tahun manakala kelompok orang muda adalah mereka yang berusia 15 tahun ke atas tetapi belum mencapai 18 tahun.
Di bawah akta itu, kanak-kanak antaranya dibenarkan terlibat dalam pekerjaan seperti kerja ringan bersesuaian dengan keupayaan dalam perusahaan keluarganya; dan hiburan awam (berdasarkan lesen yang diluluskan).
Di bawah Akta 350 juga menyatakan tempoh masa bekerja dalam hiburan awam ditetapkan dalam Lesen Hiburan Awam yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah Seksyen 7.
"Dapatan juga menunjukkan bahawa 72.6 peratus syarikat tidak memberikan penyata bayaran gaji atau upah kepada pelakon kanak-kanak dan orang muda yang digajikan," katanya dan menambah 77.3 peratus syarikat menyatakan pembayaran dibuat adalah mengikut jumlah episod atau babak yang dilakonkan, atau rakaman alih suara," katanya.
Mohd Uzir berkata dapatan juga menunjukkan bahawa 97.8 peratus syarikat tidak melakukan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan 59.3 peratus syarikat tidak merancang untuk melakukan caruman terhadap pelakon kanak-kanak dan orang muda pada masa hadapan.
Beliau berkata lima sebab utama syarikat tidak mencarum walaupun sedar mengenai keperluan itu adalah kerana mereka merasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian didebabkan umur pelakon yang masih muda.
Katanya alasan lain yang diberikan ialah syarikat tidak dimaklumkan mengenai keperluan untuk mencarum dengan KWSP; pelakon kanak-kanak dan orang muda itu merupakan pelakon sementara dan tidak tetap; serta kekangan kewangan syarikat.
Beliau berkata dapatan kajian juga mendapati waktu penggambaran dan rakaman oleh syarikat produksi menunjukkan 59 peratus melakukan penggambaran tidak menentu atau mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Mohd Uzir berkata hasil kajian juga telah mencadangkan enam tumpuan strategik yang meliputi 20 inisiatif dan 20 pelan tindakan khusus kepada pihak yang terlibat dalam penggajian pelakon kanak-kanak dan orang muda dalam filem dan drama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Kajian mendapati 52.9 peratus syarikat tidak pernah memohon Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda. - Gambar hiasan
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Perlu lesen gajikan pelakon kanak-kanak, lebih 73 peratus syarikat tidak tahu - DOSM
Kira-kira 73.13 peratus syarikat yang terlibat dalam filem dan drama tidak tahu mengenai keperluan mendapatkan Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda.
Dari selekeh ke segak, Macaulay Culkin kembali tawan perhatian dunia seni
Macaulay Culkin yang sebelum ini kelihatan selekeh, kurus dan tidak terurus kini mengejutkan ramai dengan penampilan barunya.
Hampir putus asa, Mia Sara menangis teringat jual tudung bawah khemah
Pelakon kanak-kanak, Mia Sara mengalirkan air mata ketika berkongsi kisah mengenai jualan tudungnya sewaktu mula berjinak dalam bidang perniagaan.