awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan Maya Karin... jangan bunuh buaya itu!

Hilal Azmi
Hilal Azmi
12/03/2019
02:21 MYT
Permintaan Maya Karin... jangan bunuh buaya itu!
Rakaman buaya berkenaan jadi tular selepas ia mendapat perhatian ramai di Twitter - Gambar hiasan
Sebuah rakaman video yang berlaku di Samarahan, Sarawak mendapat perhatian ramai terutamanya di platform Twitter.
Rakaman yang dikongsikan akaun Sarawak Aritok menunjukkan seekor buaya yang membuat kemunculan di sebatang anak sungai.
Anak sungai yang terletak berdekatan dengan Kolej Refflesia dan Institut Perguruan Kota Samarahan di Desa Ilmu mendapat perhatian ramai kerana ia merupakan kejadian yang amat jarang ditemui.
Rakaman video oleh orang awam pagi tadi menunjukan seekor buaya muncul di dalam anak Sungai berdekatan Kolej Rafflesia dan Institut Perguruan Kota Samarahan di Desa Ilmu. Kepada orang awam yang tinggal di kawasan berkenaan diharap berhati-hati pic.twitter.com/JVKlpx04mk
— SARAWAK ARITOK (@Sarawak_Aritok) March 10, 2019
Malah, mereka yang tinggal di kawasan berdekatan juga diminta untuk berhati-hati sekiranya berada di kawasan sekitar anak sungai berkenaan.
BACA: "Pukul 7 orang ketuk pintu" - Cemas! pokok durian Maya Karin terbakar
Di Twitter, ada antara pengguna yang mahu buaya berkenaan dibiarkan hidup tanpa gangguan.
Malah, ikon River Of Life, Maya Karin turut memberikan amaran, jangan bunuh buaya berkenaan.
Jika tidak, katanya dia sendiri akan kejar mereka yang cuba membunuh buaya berkenaan.
Jangan bunuh lagi or Ill come after you https://t.co/iMFPLqufdy
— Maya Karin (@maya_karin) March 11, 2019
Akan tetapi, menurut Nabihah dalam balasannya kepada Maya Karin, dia tidak perlu risau
"Orang Sarawak tak bunuh buaya. Lainlah kalau ada yang dalam bahaya, macam kena serangan. Trust me," katanya.
Don't worry, orang Sarawak tak bunuh buaya. Lainlah kalau ada yang dalam bahaya, macam kena serangan. Trust me.
— Biha.H (@nabihahnurul2) March 11, 2019
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#buaya sarawak
#Maya Karin
#pecinta haiwan
#pelakon
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan