awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pernah dianggap 'tak cukup putih nak jadi artis', Yuna kini bangga dengan warna kulitnya

Faiq Chong
Faiq Chong
13/04/2018
12:16 MYT
Pernah dianggap 'tak cukup putih nak jadi artis', Yuna kini bangga dengan warna kulitnya
Perkongsian gambar potretnya dalam Instagram itu merupakan penampilannya dalam majalah wanita Tonal Journal keluaran isu pertama. - Instagram/@yunamusic
ADAKAH kecantikan itu hanya layak kepada mereka yang memiliki warna kulit putih dan cerah?
Jika jawapan di atas adalah benar, Yuna tampil membidas kenyataan tersebut dalam satu perkongsian di Instagram miliknya yang dimuat naik baru-baru ini.
"Saya berbangga dengan kulit sawo matang saya, saya juga berharap wanita di sana turut berbangga dengan warna kulit anda kerana setiap tona kulit adalah satu kecantikan," katanya dalam kapsyen gambar tersebut.
Drinking more water over at @tonaljournal // Congrats @zarna for this amazing magazine celebrating women of colour. I grew up in Malaysia always feeling self conscious about my skin coz I was a lil on the darker side (I played sports in the sun!) girls around me just wanted to have fairer skin and did all they could to have fairer skin. Even in my early years back in KL in the entertainment industry, appearing in magazines people would say ‘she’s not fair skin enough to be an artist!’ I’ve to admit, I even believed them and even stayed out of the sun, so I don’t get too dark
Yuna juga kongsikan pengalamannya sewaktu dia berada di awal kerjayanya dalam industri hiburan, di mana beliau dipandang rendah kerana tona kulitnya yang kurang cerah.
"Sewaktu di awal karier saya dalam industri hiburan tempatan, mereka kata saya tak cukup putih untuk menjadi artis ketika saya membuat penampilan dalam majalah.
"Saya akui dan percaya akan kenyataan itu, hinggakan saya sanggup elakkan diri berada di bawah matahari supaya tak bertambah gelap," luahnya.
Namun, kini pandangan Yuna telah berubah bahawa wanita tetap cantik tidak kira warna kulit.
Perkongsian gambar potretnya dalam Instagram itu merupakan penampilannya dalam majalah wanita Tonal Journal keluaran isu pertama, di mana Yuna kongsikan tips penjagaan kulit dengan minum air putih yang banyak untuk mengekalkan hidrasi dan kesegaran kulit.
Terkini, penyanyi kelahiran Kedah itu sedang menyiapkan album terbarunya yang menjadi koleksi album keempat dan bakal dilancarkan di Amerika Syarikat pada tahun ini.
Topic Berkaitan
#cantik
#hiburan
#Instagram
#putih
#sawo matang
#warna kulit
#Yuna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan