awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertama kali berlakon, Ariana Grande menangis tercalon di Oscar

Gempak
Gempak
24/01/2025
10:00 MYT
Pertama kali berlakon, Ariana Grande menangis tercalon di Oscar
Ariana Grande dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik pada Oscar edisi ke-97 untuk peranannya sebagai Glinda dalam filem "Wicked". -Gempak
BERKAT lakonan berkesannya sebagai Glinda dalam filem Wicked, penyanyi tersebut dicalonkan dalam anugerah berprestij Oscar.

Ringkasan AI
  • Ariana Grande dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik pada Oscar edisi ke-97 untuk peranannya sebagai Glinda dalam filem "Wicked".
  • Grande terkejut dan menangis selepas mendapat tahu dirinya tercalon, menyatakan rasa syukur dan penghormatan yang diberikan oleh Oscar.
  • Grande bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk berlakon sebagai Glinda, menyifatkan pengalaman tersebut sebagai anugerah terindah dalam hidupnya.

Grande tercalon menerusi kategori Pelakon Pembantu Terbaik pada Oscar edisi ke-97 bersama Monica Barbaro (“A Complete Unknown”), Felicity Jones (“The Brutalist”), Isabella Rossellini (“Conclave”), dan Zoe Saldaña (“Emilia Pérez”).
Bukan hanya terkejut, Grande malah menangis selepas mendapat tahu dirinya tercalon dalam Oscar.
“Sedang berusaha menerima (berita) dan menangis dengan penghormatan yang diberikan Oscar kepada saya.
"Ini sangat mengujakan, saya tidak boleh berhenti menangis,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram seperti dilaporkan Entertainmentnow.
Berbesar hati menerima pencalonan tersebut, Grande juga menulis: “Saya masih tidak percaya dan cuba bernafas. Terima kasih.”
Menerusi temu bual bersama Deadline, Grande bersyukur kerana diberi kepercayaan berlakon dan membawa watak Glinda.
“Ini pertama kali saya berlakon dan menjadi anugerah terindah saya. Tidakkah anda berasa ini gila apabila saya tercalon dalam Oscar?”katanya.
Anugerah Oscar edisi ke-97 dijadual berlangsung di Hollywood pada 2 Mac 2025. -Gempak
Topic Berkaitan
#Ariana Grande
#Pelakon Pembantu Terbaik
#Glinda
#Oscar
#wicked
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan