PILIHAN Raya Indonesia atau lebih dikenali sebagai Pemilu oleh rakyat tempatan akan berlangsung pada 14 Februari ini.
Seperti diketahui umum, ramai dalam kalangan selebriti tempatan yang ‘terjun’ ke bidang politik sejak bertahun lamanya.
Untuk Pemilu 2024, salah seorang selebriti yang ikut bertanding adalah vokalis Once Mekel atau nama sebenarnya, Elfonda Mekel.
Mantan penyanyi kumpulan Dewa 19 itu merupakan calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang mewakili kawasan Daerah Khas Ibukota (DKI) Jakarta II meliputi Jakarta Selatan serta Jakarta Pusat.
Merupakan calon nombor 2 dari PDIP, Once, 53, juga mengharapkan undian daripada warganegara Indonesia yang berada di Malaysia bagi membantu dirinya memberikan khidmat kepada masyarakat apabila terpilih sebagai salah seorang ahli politik kelak.
Pemegang Ijazah Jurusan Undang-Undang dari Universiti Indonesia ini mengatakan dirinya sudah lama tertarik dengan bidang politik.
“Sebenarnya saya dari dahulu memang suka politik. Masyarakat perlu peka sebab hal-hal mengenai pekerjaan, kesihatan, pendidikan dan yang berkaitan dengan itu bergantung pada hal yang dibicarakan dalam bidang ini (politik),” ujar Once seperti dilaporkan JPNN tidak lama dulu.
Selain Once, seramai 125 calon yang bertanding di daerah DKI Jakarta II, termasuk selebriti, bekas menteri, ahli akademik dan pemimpin parti politik.
Tempoh kempen keseluruhan bermula pada 28 November tahun lalu dan akan berakhir pada 10 Februari dengan hari mengundi dijadualkan pada 14 Februari. -Gempak
Gempak
Sun Feb 11 2024
Mantan penyanyi kumpulan Dewa 19 itu merupakan calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang mewakili kawasan Daerah Khas Ibukota (DKI) Jakarta II meliputi Jakarta Selatan serta Jakarta Pusat. -Gempak
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
Prabowo-Gibran diumumkan pemenang rasmi Pilpres 2024
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengumumkan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden dan Naib Presiden (Pilpres) 2024.
Jokowi minta bukti dakwaan penipuan dalam pilihan raya
Presiden Joko Widodo yang menjawab kebimbangan mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya, menekankan mengenai pentingnya dakwaan sedemikian disertakan bukti.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemilu 2024: Biarpun jauh di New York, Cinta Laura Kiehl tidak lepas tanggungjawab mengundi
Biarpun Jauh Di New York, Cinta Laura Kiehl Tak Lepas Tanggungjawab Mengundi Sempena PEMILU 2024
Teknologi terkini, media sosial lancarkan Pemilu 2024 di Sabah
Penggunaan teknologi terutama melibatkan teknologi maklumat dan media sosial memainkan penting dalam melancarkan proses Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk warga Indonesia di Sabah.
Pertama kali sertai politik, Once Mekel rayu rakyat Indonesia di Malaysia mengundinya
Once merupakan calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang mewakili kawasan Daerah Khas Ibukota (DKI) Jakarta II meliputi Jakarta Selatan serta Jakarta Pusat.
Pemilu 2024: Jutaan hadir kempen akhir, Anies sifatkan “tiada hati yang tidak bergetar”
Ratusan ribu penyokong calon presiden dan wakil presiden nombor 1 Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar membanjiri Jakarta International Stadium bagi menghadiri kempen terakhir pada Sabtu.
Pemilu: Duta Indonesia jangka 30 peratus pemilih berdaftar di Malaysia tunai tanggungjawab
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono menjangkakan sekitar 30 peratus daripada 832,420 rakyat Indonesia yang menetap di Malaysia dan berdaftar sebagai pemilih akan menunaikan tanggungjawab.
Indonesia: Lebih 205 juta pengundi layak mengundi pada pilihan raya 2024
Lebih 205 juta rakyat Indonesia yang tinggal di dalam dan luar negara layak mengundi dalam pilihan raya umum yang dijadualkan pada 14 Feb 2024, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU).