HIBURAN
Peserta Miss Universe Latina, jatuh dari platform tiga meter ketika cuba capai mahkota!

Wajah Perez jelas menunjukkan rasa kesakitan sebelum dihampiri oleh hos rancangan terbabit, Jacky Bracamontes. - Gempak
MALANG tidak berbau! Itu yang terjadi kepada peserta Miss Universe Latina, Laura Perez yang terjatuh dari ketinggian tiga meter dari pentas utama ketika cuba menjayakan salah satu cabaran untuk ke pusingan akhir.
Ringkasan AI
- Laura Perez, peserta Miss Universe Latina, terjatuh dari platform setinggi 3 meter ketika cuba mencapai mahkota dalam cabaran dramatik di pentas akhir.
- Tali keselamatan didakwa gagal berfungsi, menyebabkan dia jatuh dan mengalami kecederaan di hadapan penonton secara langsung.
- Pasukan perubatan segera memberikan bantuan, dengan hos dan juri turut turun ke pentas memastikan keselamatannya diberi keutamaan.
Kamera yang menyiarkan secara langsung majlis itu sempat merakam detik cemas apabila Perez terbaring sambil menahan kesakitan, wajahnya jelas menunjukkan rasa perit sebelum dihampiri oleh hos rancangan terbabit, Jacky Bracamontes.
“Ay, Laura, awak okay? Boleh bangun? Tolong panggil pasukan perubatan sekarang.
“Kami akan pastikan dia dirawat. Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan,” kata Jacky yang kelihatan tergamam.
Bracamontes kemudian menyapa penonton; “Kita akan berhenti seketika dan kembali selepas ini."
Selepas siaran disambung, pihak produksi mengambil keputusan untuk membatalkan baki cabaran atas faktor keselamatan. Namun, sebelum episod berakhir, senarai lapan finalis didedahkan dan nama Laura Peez antara yang tersenarai.
Peminat ratu cantik kelahiran Cuba itu membanjiri media sosial dengan ucapan semangat dan doa.
"Undi besar-besaran untuk ratu kita. Semoga cepat sembuh.
"Berdoa agar dia dapat bertanding esok.
"Awak sangat kuat, Laura. Keselamatan nombor satu!” tulis beberapa warganet di media sosial.
Setakat tamat siaran, masih belum ada maklumat rasmi mengenai kecederaan Perez atau kemampuannya untuk bertanding dalam pentas akhir.
Selain Laura Perez, finalis lain yang akan merebut mahkota Miss Universe Latina ialah Osmariel, Jelly, Yamilex, Génesis, Gemmy, Andrea dan Ediris. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami