Bekas ‘Inspirer’ program AF 2013, Melly Goeslaw mengakui kini lebih yakin dan tenang selepas mengambil keputusan berhijab walaupun pada mulanya berasa agak malu dan takut sekiranya mendapat persepsi negatif umum.
Menurut Melly atau nama sebenarnya Mellyana Goeslaw Hoed, dia memasang niat untuk berhijab kira-kira 3 tahun yang lalu untuk berketerampilan muslimah. Namun keyakinannya masih belum kuat dan belum terasa di hatinya ingin berbuat demikian.
“Saya benar-benar yakin untuk ‘berkerudung’ pada 3 bulan yang lalu setelah pulang dari umrah. Ketika tibanya di Indonesia, hati saya berkata sudah tiba masanya untuk berimej sebegini dan yakin kepada takdir Allah,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Lagu Tema drama ‘Cinta Dan Ibadah’ di ibu negara.
Jelas Melly lagi, suaminya Anto Hoed memberi sokongan penuh dan bersyukur dengan keputusannya untuk berhijab. Malah penyanyi kelahiran Bandung ini menjelaskan dengan imej muslimah ini dia akan tampil lebih bersederhana dan berhati-hati dengan pergaulannya.
Dalam pada itu, Melly turut tidak menolak karya muziknya akan lebih ke arah kerohanian dan keislaman terutama dalam penghasilan lirik lagu.
“Muzik ‘dance’ akan saya tinggalkan, bait-bait lagu yang lebih harmoni dan islamik lebih diberi penekanan bersesuaian dengan imej saya ini,” ujarnya lagi.
Perkembangan lain, Melly dalam proses mengumpul ‘material’ baru untuk hasilkan album terbarunya. Perbincangan bersama tenaga kerja Melly sedang diteruskan agar mendapat karya yang baik bersesuaian dengan imejnya. -- Astro Gempak
Gempak
Thu Aug 14 2014
Melly (kiri) memasang niat untuk berhijab kira-kira 3 tahun yang lalu untuk berketerampilan muslimah - Foto Astro Gempak
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pakai jubah, tudung pemberian Siti Sarah, netizen doakan Nora Danish istiqamah
Penampilan Nora yang sopan dan sederhana itu mendapat pujian daripada netizen.
Ada yang anggap Lisa berubah kerana suami, saya cuma restu - Datuk Yusry
Yusry juga tidak pernah menghalang atau memaksa isterinya untuk melakukan penghijrahan sebesar itu.
Mahkamah EU putuskan majikan boleh pecat pekerja berhijab
Mahkamah berpendapat ia selari dengan peraturan umum syarikat yang melarang penggunaan simbol agama secara jelas di tempat kerja.
Aplikasi Sugarbook: Pelajar kolej terkejut, kecewa gambar disalah guna
Seorang remaja perempuan membuat laporan polis di Kota Sarang Semut di sini, hari ini selepas mendapati gambarnya disalah guna dengan dimuat naik dalam aplikasi Sugarbook.
"Saya buat kerana Allah" - Mula bertudung 11 Syawal, Kilafairy mohon doa agar istiqamah
Kata Kilafairy keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan dirasakan sudah tiba masanya untuk menutup aurat lebih sempurna.
'Saya tak nak umum secara rasmi' - Sudah berhijab? Ini komen Amyra Rosli
Amyra menyerahkan kepada umum untuk memikirkan sama ada imej terbabit untuk watak Dhiya dalam drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan atau sebaliknya.
Sumaiyah teruja jadi penghantar makanan walaupun berkerusi roda
Lumpuh dan berkerusi roda bukan alasan untuk wanita ini melakukan berkerja berat sepertimana insan lain.
Siti Nurhaliza jawab dakwaan pakai busana ciplak
Tidak melatah bila didakwa pakai rekaan yang diciplak daripada pereka antarabangsa
Gadis Malaysia raih tempat kelima Miss Universe New Zealand
Nurul merupakan satu-satunya peserta Asia, beragama Islam dan bertudung. Dia juga mencatat sejarah sebagai peserta bertudung pertama berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik itu.
Menari 'ghairah': Nisa Kay reda dengan kesan dan akibat
Pengacara dan blogger, Nisa Kay mengakui beliau reda dan sedia menerima apa saja kesan susulan video aksinya membuat 'tarian ghairah' pada sebuah majlis di ibu kota, kelmarin, menjadi tular.