awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0 tidak halang Aina Abdul lancar lagu baharu bulan depan

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
19/01/2021
04:35 MYT
PKP 2.0 tidak halang Aina Abdul lancar lagu baharu bulan depan
Aina mengakui PKP adalah tempoh sukar buat industri hiburan namun ia bukan halangan untuk mencuba peluang baharu dengan kemahiran yang ada. Foto: Instagram/@ainaabdul
PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 tidak mematikan semangat dan perancangan artis muda, sebaliknya ada yang menggunakan masa yang ada untuk berkreativiti mencipta lagu baru.
Bagi penyanyi muda popular Aina Abdul, beliau mendedahkan akan melancarkan single baharu Februari nanti.
“Ada beberapa lagu baharu yang Aina jadualkan untuk 2021. Walaupun PKP ketika ini, sama ada ia akan diteruskan atau dihentikan, saya tetap akan lancarkan lagu baharu pada masa-masa akan datang.
“Terbaharu, saya akan melancarkan single baharu Februari depan dan saya sangat teruja untuk melancarkan lagu baharu ini kerana ia amat istimewa buat saya.
“Lagu itu amat bermakna buat saya. Untuk perancangan seterusnya, kita akan tengok balik. Tetapi buat masa ini, saya akan terus menghiburkan peminat di media sosial,” katanya.
Aina ditemu bual dalam segmen Selebriti Selasa menerusi AWANI Pagi hari ini.
Pada masa sama, Aina akui sepanjang PKP adalah tempoh sukar buat industri hiburan namun ia bukan halangan untuk mencuba peluang baharu dengan kemahiran sedia ada.
“Bagi saya, ini peluang buat saya. Namun terpulang kepada individu masing-masing untuk lakukannya. Contohnya saya mengejar kelas vokal dan ia adalah satu cara baik untuk jana pendapatan lebih.
“Jadi untuk cuba kemahiran baharu itu terpulang kepada setiap artis di luar sana, cari jalan terbaik untuk jana pendapatan pada waktu sukar ini,” jelasnya.
Malah, beliau menyarankan agar anak muda terus mengejar impian walaupun di saat negara berdepan PKP2.0.
Tonton temu bual penuh bersama Aina Abdul dan Naim Daniel dalam segmen Selebriti Selasa menerusi AWANI Pagi di bawah;
AWANI Pagi: Survival artis muda saat pandemik dan PKP
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pandemik
#perintah kawalan pergerakan
#media sosial
#hiburan
#Aina Abdul
#penyanyi muda
#lagu baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan