awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pradeep Kumar temui peminat Pulau Pinang Sabtu ini

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/01/2023
12:17 MYT
Pradeep Kumar temui peminat Pulau Pinang Sabtu ini
Pradeep Kumar akan mengadakan persembahan konsert di Malaysia pada 21 Jan ini di Setia Spice Arena di Bayan Baru, Pulau Pinang.
GEORGE TOWN: Penyanyi popular dari India, Pradeep Kumar membuka tirai 2023 dengan konsert Pradeep Kumar in Osai Kekudho yang bakal mengegarkan pentas Setia Spice Arena, Bayan Baru, di sini Sabtu ini.
Pastinya, peminat hiburan tempatan yang sudah menantikan konsert seniman berusia 37 tahun itu teruja untuk menyaksikan persembahan terbesar di Pulau Mutiara sejak dunia dilanda COVID-19.
Menariknya lagi, Pradeep Kumar juga bakal bergabung satu pentas sama bersama artis-artis tempatan seperti Orkestra Simfoni Kebangsaan dan KTB Parai untuk menghiburkan para peminat Pulau Pinang.
Ini merupakan penampilan kedua penyanyi yang terkenal dengan lagu Agayam Theepiditha di Malaysia, selepas Julai tahun lalu.
Pradeep memberitahu, dia tidak sabar untuk menemui peminatnya di Pulau Pinang selain menjanjikan peminatnya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan menerusi konsert anjuran Aakaar Foundation itu.
"Malaysia sentiasa istimewa dan dekat dengan hati saya sejak awal karier, saya sangat teruja dapat menemui kembali peminat di Malaysia," katanya dalam sidang media di sini, pada Rabu.
Penyanyi itu juga pernah mendendangkan beberapa lagu dalam filem lakonan lagenda filem Rajinikanth seperti Kabali menerusi lagu Maya Nadhi yang menjadi hit.
Pradeep menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah berprestij termasuk Anugerah Kerala State Film, Ananda Vikatan Cinema, Filmfare Awards South, South Indian International MovieAwards, Vijay Awards, Norway Tamil Film Festival Awards dan Behindwoods Gold Medal.
Sementara itu, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin dalam sidang akhbar yang sama yakin, penonton tidak akan melupakan pengalaman manis konsert tersebut dengan alunan muzik dan pencahayaan yang canggih, serta reka bentuk pentas menakjubkan.
Tiket-tiket berharga dari RM99 hingga RM600 boleh dibeli di laman web https://www.ticket2u.com.my/event/28677/pradeep-kumar-in-osai-kekkudho
Topic Berkaitan
#konsert
#Pradeep Kumar
#penyanyi India Selatan
#Setia Spice Arena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan