awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'The Purge' ungguli carta box office

AFP
AFP
10/06/2013
01:05 MYT
'The Purge' ungguli carta box office
Filem bajet rendah “The Purge” mengungguli carta Box Office Amerika pada pembukaan hujung minggu dengan jualan tiket berjumlah $36.4 juta, menurut laporan Ahad.
Filem terbitan Universal dengan kos $3 juta menampilkan Ethan Hawke dan Lena Headey sebagai ibu bapa yang menentang penceroboh rumah mereka pada satu malam di masa hadapan apabila semua jenayah dibenarkan di Amerika Syarikat.
Ia mengatasi “Fast & Furious 6,” filem Vin Diesel dan Michelle Rodriguez yang berjaya mengumpul $19.8 juta, dengan jumlah $203 juta secara keseluruhan bagi tiga minggu.
Tempat ketiga adalah filem “Now You See Me,” dimana satu agen FBI dan detektif Interpol memburu satu pasukan pakar ilusi yang melakukan rompakan bank ketika persembahan mereka. Filem ini berjaya kumpul $19.5 juta.
Filem komedi “The Internship” Vince Vaughn dan Owen Wilson, yang menampilkan semula gandingan mereka selepas filem "Wedding Crashers” berkisah tentang persaingan mereka dengan anak-anak muda yang celik teknologi apabila harus melalui latihan praktikal di syarikat Google. Filem ini berjaya memperolehi $18.1 juta pada pembukaan hujung minggu.
Tempat kelima milik filem “Epic” dengan $12.1 juta dan “Star Trek: Into Darkness” di tempat keenam dengan $11.7 juta.
Topic Berkaitan
#box office Amerika
#Ethan Hawke
#The Purge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan