awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak ambil SPM, lepasan sekolah agama swasta berisiko tercicir masuk universiti - Alimuddin
BRICS platform penting bagi kerjasama di tengah ketidakpastian geopolitik
MIDA sasar potensi pelaburan meluas selain pusat data pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puteh juara Maharaja Lawak Mega 2019

Gempak
Gempak
10/01/2020
18:00 MYT
Puteh juara Maharaja Lawak Mega 2019
Kumpulan Puteh diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.
KUMPULAN Puteh diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi. Puteh berjaya memberikan persembahan mantap pada pusingan pertama bertemakan "Bebas" dengan memperolehi '5 HA' daripada Najip Ali. Kumpulan dianggotai Ali, Mamak dan Man itu turut mendapat '5 HA' daripada Lisa Surihani di pusingan kedua dengan persembahan menghiburkan dengan mesej yang sampai ke hati penonton.
Penonton di Royal Teater Shah Alam turut mengalirkan air mata apabila Ali memberitahu persembahan mereka sepanjang berada di pentas MLM 2019, didedikasikan istimewa buat Allahyarham Sharifah Nur Ainul Mardhiah. Puteh turut menerima Oppo Punchline Machine, sebagai peserta yang mendapat markah tertinggi daripada pihak juri. Sementara itu tempat kedua menjadi milik kumpulan trio adik beradik, Zero yang membawa pulang wang tunai RM250,000. Tempat ketiga menjadi milik kumpulan Bocey yang memenangi hadiah wang tunai RM150,000. Dua lagi finalis J-born dan Rare akur di tempat keempat dan kelima dengan masing-masing menerima wang tunai RM50,000 dan RM15,000. Kelima lima finalis turut membawa pulang trofi. MLM 2019 berlangsung selama 12 minggu di Royal Teater, Shah Alam dengan Datuk AC Mizal selaku pengacara dan Datuk Jamal Abdillah, Inul, Najip Ali serta Lisa Surihani sebagai juri tetap.
Topic Berkaitan
#Bocey
#J-born
#kumpulan Puteh
#Lisa Surihani
#Maharaja Lawak Mega
#MLM2019
#Rare
#Royal Teater Shah Alam
#zero
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan