awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puteri Gunung Ledang ditayang semula selepas 10 tahun

Muzaffar Mustapa
Muzaffar Mustapa
27/08/2014
01:07 MYT
Puteri Gunung Ledang ditayang semula selepas 10 tahun
Sambut ulang tahun ke-10, filem Puteri Gunung Ledang ditayang semula
"Ku hinakan diriku sendiri untuk merengkuh cinta sejati. Cintamu bagai cahya mentari yang membakar wajahku.
Meski sekilas kurasakan, namun akan menjadi bekal hingga akhir zaman. Aku juga mencintaimu Tuah."
Masih ingatkah anda dengan dialog dalam adegan kemuncak filem epik Puteri Gunung Ledang (PGL) yang pernah ditayangkan 10 tahun lalu?
Dialog keramat yang dilafazkan oleh Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah lakonan Tiara Jacquelina terus bermain di bibir para peminat filem itu walaupun setelah 10 tahun ia ditayangkan.
Filem arahan Saw Teong Hin dengan skrip nukilan Mamat Khalid itu bakal menemui peminatnya dalam format adunan semula digital definisi tinggi.
"Saya tidak menyangka setelah 10 tahun berlalu, peminat masih berbicara mengenai filem Puteri Gunung Ledang seolah-olah mereka baru menontonnya semalam.
Poster PGL
Poster PGL
"Projek ini sangat bermakna buat saya dan paling kami banggakan. Kami meletakkan seluruh tenaga dan masa kami untuk melakukan penyelidikan, persiapan, publisiti dan pemasaran untuk filem ini." ulas Tiara.
Filem tersebut akan ditayangkan secara eksklusif di dua panggung iaitu GSC Mid Valley dan GSC Signature The Gardens sempena cuti Hari Kebangsaan ke-57.
Ditayangkan pada 30, 31 Ogos dan 1 September, tiket boleh dibeli secara online di Ticket Hotline www.tickethotline.com.my.
Filem yang merangkul gelaran Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik buat Tiara itu telah merentas samudera mencipta sejarah di litar festival filem antarabangsa antaranya Venice, Bangkok dan Palm Springs.
"PGL telah merubah landskap perfileman tempatan. Sebuah filem yang mampu untuk mewakili Malaysia di arena antarabangsa dan menyatukan rakyat Malaysia pelbagai latarbelakang untuk datang ke panggung menyaksikan filem ini 10 tahun lalu," tambah Tiara lagi.
Selain Tiara, filem itu turut dibintangi M.Nasir, Rahim Razali, Adlin Aman Ramlie, Sofia Jane, Khir Rahman, Sabri Yunus dan Ruminah Sidek.
Pelakon seberang bergred A seperti Christian Hakim, Alex Komang dan Slamet Rahardjo turut terlibat dalam penghasilan filem epik ini.
“Bila sampai waktunya, kita akan bersama. Adinda anggap ini sebagai janji.” – Puteri Gunung Ledang
Topic Berkaitan
#filem
#Puteri Gunung Ledang
#Tiara Jacquelina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan