awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai

Astro Awani
Astro Awani
27/10/2024
01:30 MYT
Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai
Que dan Linda berkahwin pada 14 Feb 2009 dan dianugerahkan dengan dua cahaya mata, Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar. - Foto IG official_lindajasmine
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah terkenal Que Haidar mengesahkan perpisahan dengan pengarah tarian, Linda Jasmine, selepas lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 2 Julai lalu.
Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar, 45 tahun, mengesahkan bahawa keputusan untuk berpisah dibuat secara sepakat demi kebaikan bersama.
Memetik laporan media, Que berkata, walaupun berpisah, hubungan mereka kekal baik dan mereka bersepakat untuk terus memberikan sokongan antara satu sama lain demi anak-anak.
Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana kedua-dua anak mereka, Tengku Ratu Haidar yang berusia 15 tahun dan Tengku Cleopatra Haidar yang berusia 12 tahun, cukup matang untuk menerima keputusan tersebut.
Baginya, sokongan bersama antara ibu bapa adalah penting bagi memastikan kebajikan anak-anak terpelihara, meskipun rumah tangga mereka sudah berakhir.
Que turut mengambil pendirian untuk tidak menghebahkan punca sebenar perceraian mereka, menghormati sifat peribadi isu tersebut.
Menurutnya, tiada keperluan untuk berkongsi atau membangkitkan perkara yang boleh menjejaskan keharmonian hubungan baik yang masih wujud antara beliau dan bekas isteri.
Que dan Linda berkahwin pada 14 Feb 2009.
Selain Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra, Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24 tahun, hasil daripada perkahwinan terdahulu.
View this post on Instagram
A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)
Topic Berkaitan
#Que Haidar
#Linda Jasmine
#perkahwinan
#cerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan