awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Radio ERA dan hitz terus relevan jadi stesen nombor 1 di Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2024
07:52 MYT
Radio ERA dan hitz terus relevan jadi stesen nombor 1 di Malaysia
Berdasarkan data terkini Gfk stesen ERA masih kekal radio Bahasa Melayu nombor satu di Malaysia selepas mencatatkan lebih 4.8 juta pendengar diikuti Sinar dengan lebih 4.3 juta pendengar. - Foto Radio Astro
KUALA LUMPUR: Astro Radio kekal menjadi stesen radio nombor satu pilihan pendengar radio Malaysia selepas berjaya rekodkan hampir 15 juta pendengar setiap minggu bersamaan 72 peratus pendengarnya adalah di Semenanjung.
Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini berkata berdasarkan data terkini Gfk stesen ERA masih kekal radio Bahasa Melayu nombor satu di Malaysia selepas mencatatkan lebih 4.8 juta pendengar diikuti Sinar dengan lebih 4.3 juta pendengar.
Stesen hitz juga kekal menjadi pilihan bagi peminat Bahasa Inggeris di Malaysia selepas merekodkan lebih 2.2 juta pendengar.
Stesen radio vernakular, MY FM turut catat peningkatan jumlah pendengar lebih 2.4 juta dan kekal sebagai radio nombor satu untuk Bahasa Cina.
Gfk merupakan sebuah agensi data bertaraf antarabangsa dalam memastikan statistik jumlah pendengar radio dibuat secara profesional dan teliti.
Tambah Priya, pihaknya akan terus memastikan kandungan disediakan di masa akan datang terus relevan dan menepati citarasa pendengar.
Astro Radio juga optimis dengan kesungguhan ke semua penyampai radio di bawah kendaliannya agar sentiasa berkarya dengan lebih kreatif mengikut stesen radio masing-masing.
Kajian Gfk daripada pengukuran yang tunggal penting untuk sistem pengukuran gabungan, yang menawarkan kebolehpercayaan, keberkesanan serta ketepatan yang hebat untuk industri.
Tujuan tinjauan dan pengukuran Ini membabitkan pacuan keputusan yang lebih bermaklumat dan strategi yang berkesan dalam menjangkau dan melibatkan pelbagai pendengar bersegmen.
Untuk maklumat lanjut mengenai akiviti dan perkembangan terkini Astro Radio boleh layari laman sosial rasmi astroradio.com.my
Topic Berkaitan
#Radio Era
#hitz fm
#GfK
#survei radio Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan