awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raih RM4 juta dalam 18 hari: Filem '18 Puasa di Kampong Pisang' terus pikat hati penonton

Astro Awani
Astro Awani
03/05/2021
06:08 MYT
Raih RM4 juta dalam 18 hari: Filem '18 Puasa di Kampong Pisang' terus pikat hati penonton
Filem arahan Mamat Khalid itu masih mendapat tempat di hati penonton meskipun filem tersebut telah ditayangkan melebihi dua minggu.
KUALA LUMPUR : Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang terus menjadi pilihan penonton dan sekali gus mencatat rekod kutipan sebanyak RM4 juta dalam tempoh 18 hari sepanjang ia ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First.
Ini membuktikan jalan cerita yang menarik oleh sutradara disegani, Mamat Khalid dan bakat seni yang dipersembahkan oleh setiap barisan pelakon mampu menarik minat penonton untuk menghargai karya tempatan.
“Alhamdullilah, 18 Puasa Di Kampong Pisang masih mendapat tempat di hati penonton meskipun filem tersebut telah ditayangkan melebihi dua minggu.
"Menariknya, filem arahan pengarah hebat Mamat Khalid ini berjaya menonjolkan bakat-bakat anak seni tanah air untuk dihargai. Di media sosial juga menyaksikan penonton turut memuji dengan bakat yang dipertaruhkan di dalam filem tersebut.
"Saya harap kejayaan 18 Puasa Di Kampong Pisang mampu menjadi rujukan dalam industri seni agar terus mengutamakan serta mengetengahkan lagi bakat-bakat hebat tanah air," ujar Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.
18 Puasa Di Kampong Pisang adalah gabungan daripada dua masterpiece pengarah Mamat Khalid, iaitu Kampong Pisang dan 16 dan 17 Puasa. Ia mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran pada bulan Ramadan.
Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak-tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.
Barkoba mengabaikan zakat, menganiaya orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang.
Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang?
Saksikan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang yang kini masih berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
#18 Puasa Di Kampong Pisang
#filem
#Di Pawagam Rumah Anda
#Astro First
#Barkoba
#Mamat Khalid
#Raja Jastina Raja Arshad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan