Penulis novel KARKUMA, Raja Azmi Raja Sulaiman sekali lagi dilarang daripada mengadakan pertemuan bersama pelajar universiti.
Slot dialog bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu sepatutnya berlangsung pada Ahad 26 Oktober 2014 bersempena dengan ArtFest anjuran Kelab Pengurusan Seni Anomalist UiTM Shah Alam.
Raja Azmi dijemput untuk mengisi slot festival seni mereka pada 15 Oktober 2014 lalu dan bersetuju untuk diadakan tayangan filem …DALAM BOTOL dan diikuti dengan sessi dialog bersama orang ramai.
Filem …DALAM BOTOL merupakan filem terbitan Raja Azmi dan diarahkan oleh Khir Rahman.
Namun, pada pagi hari yang dijadualkan (26 Oktober), pihak Merpati Jingga mendapat panggilan yang memaklumkan bahawa Raja Azmi tidak dibenarkan mengadakan sessi tersebut. Menurut surat pembatalan yang dihantar sendiri oleh Pengarah Program Rul Iman Nur Rahidzab dengan tangan pada jam 1 tengahari, kami dimaklumkan bahawa ia merupakan arahan daripada pihak atasan UiTM Shah Alam dan dipercayai dinaungi oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM. Surat pembatalan dilampirkan sebagai rujukan.
Pihak kami berusaha untuk bertemu dengan mana-mana pihak atasan yang dinyatakan di dalam surat berkenaan untuk mendapat penjelasan tetapi malangnya tiada sesiapa yang tampil untuk bersemuka dengan wakil kami mahupun Raja Azmi sendiri yang sudah sampai ke tapak acara bagi slot tersebut.
Bagi pihak Raja Azmi dan penerbit novel KARKUMA, kami menganggap tindakan pihak HEP yang menghalang Raja Azmi untuk berdialog dengan para pelajar adalah suatu yang tidak professional dan cuba untuk menjatuhkan airmuka beliau.
Dalam sessi yang lain, penulis buku puisi Tulangkata, Taufiq Azhar yang juga dijemput oleh pihak penganjur ArtFest mendakwa puisi yang sepatutnya dibaca di pentas terbuka Dewan Sri Budiman dipaksa menyerahkan kepada pihak penganjur untuk dipantau. Taufiq yang juga menerbitkan tulisan beliau di bawah label Merpati Jingga memaklumkan bahawa beliau hanya dibenarkan membaca puisi yang diluluskan oleh pihak penganjur.
Untuk pengetahuan, semua jemputan dibuat oleh pihak penganjur kepada pihak kami atas dasar sukarela dan tidak menyediakan sebarang bayaran.
Kami ingin menekan di sini bahawa halangan-halangan sebegini bukanlah etika dalam penganjuran sesebuah festival. Notis yang dikeluarkan pada saat-saat akhir acara telah menyusahkan banyak pihak. Seperti UIAM Kuantan, kami merasakan pihak HEP UiTM Shah Alam juga bertindak sebagai polis moral yang mengongkong kebebasan berkarya dan untuk memperoleh pengetahuan.
Sebelum ini, Raja Azmi pernah dihalang untuk mengadakan sessi dialog bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan pada 18 Oktober lalu.
Pihak Merpati Jingga ingin menyatakan di sini bahawa pihak penganjur yang ingin menjemput mana-mana penulis atau artis kami agar memeriksa dahulu dengan pihak atasan mereka sebelum menyusahkan banyak pihak.
Sessi penampilan Raja Azmi dan promosi KARKUMA tetap diteruskan di MPH Nu Sentral pada 9 November 2014 pada pukul 1-2 petang dan MPH SACC Mall Shah Alam pada 16 November 2014, 2-4 petang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
* Kenyataan dikeluarkan oleh oleh Faisal Mustaffa (Pengarah Merpati Jingga)
* Tulisan ini adalah pandangan Merpati Jingga dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Media Statement
Mon Oct 27 2014
Raja Azmi dilarang ke UiTM pula
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AirAsia 'berperang' dengan MAHB, kali ini tentang cukai PSC tertunggak
Menurut MAHB, cukai telah ditetapkan sebanyak RM73 setiap penumpang, tetapi AirAsia hanya mengutip RM50 seorang. Pihak MAHB mendesak AirAsia membayar perbezaan RM23 dari setiap penumpang itu.
Raja Azmi minta Adam Davin serah diri segera
Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi meminta agar pelakon baru, Adam Davin menyerah diri kepada pihak polis dan berhenti menjaja namanya demi tujuan peribadi.