Astro menyajikan rancangan- rancangan menarik di hari raya pertama istimewa untuk penonton di kala menjamu selera sambil melayan tetamu.

Astro Ria

Antara yang menarik di saluran Astro Ria ialah telefilem ‘Opah Raya Stail’, lakonan pelawak terkenal Os, Noryati Taib dan Karl Shafek. Ia mengisahkan Opah atau Nek Yon yang memaksa Meon membawanya pulang ke kampong kerana ingin bertemu kekasih lama. Nek Yon pula turut mempunya masalah pendengaran.

Telefilem ini akan menemui anda pada tayangan pukul 10 pagi hari raya pertama.

Selain itu rancangan Romantika Raya juga akan mewarnai hari raya pertama anda, kali ini memaparkan kisah cinta menarik pasangan artis Aaron Aziz dan Diyana Halik, Amy Search dan isteri, Izzue Islam dan isteri, Ning Baizura dan suami.

Turut ditayangkan pada hari raya pertama, telefilem komedi muzikal ‘Raya Nora Jambu’ lakonan Tauke dan Yus Jambu, Nora Danish dan Zahiril Adzim. Ia menceritakan tentang Nora yang terpaksa membuat pertandingan untuk mencari calon suami. Saksikan gelagat pemuda-pemuda kampong bertanding, yang pasti membuat anda tidak kering gusi.

Program 30 minit “Raya Sampai Pengsan” bakal menampilkan selebriti popular membuat pelbagai kejutan kepada peminat mereka dalam keadaan yang tidak di jangka bakal ditayangkan pada pukul 1:30 petang.

Pada sebelah petang rancangan permainan popular, Kaunter Kaboom Raya! Akan menemui anda bersama barisan selebriti yang kelakar dan melatah. Turut menampilkan persembahan-persembahan eksklusif daripada artis-artis jemputan.

Astro Prima

Paling istimewa di Astro prima, episod raya Primadona akan membawakan topic “Rumah Terbuka PRIMAdona”.

Diikuti telefilem menarik ‘Madu-Madu Raya’ lakonan Ebby Yus, Khatijah Tan dan Aida Aris. Ia mengisahkan Samsudin Ismail yang mempunyai tiga isteri namun masih mahukan Karina, setiausaha Bahrin yang seksi. Konflik tercetus apabila tiba Hari Raya dan Samsudin menghadapi dilemma - dirumah isteri manakah dia akan beraya? Ikuti telemovie ini pukul 2 petang raya pertama.

Astro Warna

Telemovie ‘Raya Rabak’ lakonan Ajak Shiro akan menemui anda pada hari raya pertama yang mengisahkan Lan Kurap, banduan yang baru keluar dari penjara dan cuba mengubah hidupnya dengan melakukan pelbagai pekerjaan demi mencari rezeki yang halal. Dia akhirnya berkerja di butik pakaian milik abangnya, seorang lelaki lembut yang bersaing dengan seorang pemilik butik, Bobo yang sering menggunakan taktik kotor untuk bersaing. Banyak kisah lucu yang terjadi diantara mereka.

Karoot Komedia X S2 Raya pula bakal mementaskan kisah kekecohan sepasang suami isteri menyambut hari raya dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi menyambut hari raya pada tahun-tahun akan dating.

Saluran Bintang

Di sebelah pagi, istimewa aidilfitri , Borak Ngomong yang dihoskan oleh kumpulan Saywho bersama artis undangan Angah, Yus Jambu, Raja Ilya bakal menyerikan hari raya anda.


x

Menarik konsert persembahan istimewa 22 Tahun SCTV yang menampilkan artis-artis seperti Ungu, Wali Band, Afgan, Armada, Sammy Simorangkir, dan ramai lagi.

Pada sebelah malam, Show Imah yang dibawakan oleh pelawak sensasi Indonesia Soimah bersama barisan artis jemputan yang pasti akan membuat hari raya anda semakin meriah.

Saluran Pelangi

Filem popular ‘Perahu Kertas 2’ bakal menemui anda hari raya pertama ini pukul 10 malam. Perahu Kertas 2 merupakan kesinambungan daripada filem Perahu Kertas 1 yang mengisahkan mengenai kisah cinta pasangan remaja yang penuh dengan pasang surutnya. Lakonan hebat Adipati Dolken, Reza Rahadian, Maudy Ayunda dan Tio Pakusadewo.


a