awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasmi bertunang: Baim Wong, Paula pilih kahwin di Jakarta

Sinar Harian
Sinar Harian
24/07/2018
10:38 MYT
Rasmi bertunang: Baim Wong, Paula pilih kahwin di Jakarta
Baim dan pelakon filem Supernova itu hanya berkenalan secara serius dan menjalin hubungan cinta selama tiga bulan sebelum Baim memutuskan untuk melamar.
Impian pelakon Baim Wong untuk mendirikan rumah tangga semakin hampir selepas rasmi mengikat tali pertunangan dengan pelakon dan model, Paula Verhoeven.
Sabtu lalu, keluarga Baim telah menghantar rombongan merisik dan sekali gus melangsungkan majlis pertunangan di Balemong Resort, Semarang, Indonesia, tempat asal Paula sendiri.
Baim dan Paula menyarung persalinan berkonsepkan busana tradisi Jawa sambil diiringi kedua-dua belah keluarga pada majlis berkenaan.
Jika sebelum ini, pasangan romantis ini dikhabarkan akan bernikah pada Ogos depan, namun selepas majlis pertunangan berlangsung, Baim berkata, apa yang boleh disahkan adalah mereka akan berkahwin di ibu kota, Jakarta.
Bagaimanapun baik Baim mahupun Paula memilih untuk merahsiakan tarikh perkahwinan mereka sehingga segalanya sudah ditetapkan.
"InsyaALLAH majlis pernikahan akan di buat di Jakarta. Ramai juga bertanya mengapa tidak di Bali. Tapi di Bali peluangnya cuma 20 peratus sahaja kerana semua ahli keluarga berada di Jakarta.
"Buat masa ini kami belum boleh berkongsi tarikh pernikahan kerana masih ada lagi banyak perkara yang perlu ditetapkan. Malah urusan di pejabat agama juga belum dibuat.
"Jadi bila sudah ditetapkan semua, kami pasti akan beritahu," ujar Baim.
Baim dan pelakon filem Supernova itu hanya berkenalan secara serius dan menjalin hubungan cinta selama tiga bulan sebelum Baim memutuskan untuk melamar.
Lamaran terhadap Paula dilakukan di sebuah pantai di Bali, 10 Julai lalu.
“Saya sudah bersedia menjadi suami. Buat apa tunggu lama-lama lagi,” kata Baim dalam satu kenyataannya sebelum ini.
Baim sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan Elfira Loy namun mereka menafikannya dengan mengatakan sekadar kawan baik.
Pelakon sinetron popular Benci Bilang Cinta dan Pashmina Aishah itu juga pernah melalui hubungan cinta tidak kesampaian dengan beberapa selebriti popular lain antaranya, Marshanda, Yasmine Wildblood dan Vebby Palwinta.
Topic Berkaitan
#Baim Wong
#Bali
#Elfira Loy
#Indonesia
#Jakarta
#kahwin
#model
#Paula Verhoeven
#perkahwinan
#Supernova
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan