WATAK animasi Red The Angry Birds dipilih sebagai Duta Kehormat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB, sempena Hari Kegembiraan Antarabangsa 2016 atau International Day of Happines 2016.

Red bakal menjelajah ke seluruh dunia secara alam maya bermula 21 Mac ini bagi meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya menangani isu perubahan cuaca.

Pemilihan Red diumumkan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menerusi video yang dimuat naik di www.angrybirdshappyplanet.net yang berdurasi satu minit dan sembilan saat.

Menurut Ki-moon, cetusan idea ini hasil kerjasama Sony Pictures Entertainment, program pembangunan PBB dan Yayasan PBB.

Kempen ini meminta orang ramai cuba menggembirakan Angry Birds dengan bertindak menangani masalah cuaca seperti kitar semula, menggunakan pengangkutan awam dan menjimatkan air.

Peserta kempen diminta berkongsi gambar dan komitmen menerusi laman media sosial menggunakan #angrybirdshappyplanet.

Dengan cogan kata , make the angry birds happy, take climate action ini akan membawa Red ke Paris./

Kota Paris merupakan lokasi perjanjian mengenai usaha memerangi masalah perubahan cuaca ditandatangani, sebelum jelajahnya berakhir pada 22 April di ibu pejabat PBB di New York.