awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Retro Rahman kembali temui peminat menerusi siri ketiga di Zepp KL hari ini

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/05/2023
01:00 MYT
Retro Rahman kembali temui peminat menerusi siri ketiga di Zepp KL hari ini
Sambutan hangat diterima pada konsert Retro Rahman sebelum ini mendorong penganjur sekali lagi membawa persembahan serupa ke ibu negara. - Foto Mojo Projects
KUALA LUMPUR: Konsert Retro Rahman sekali lagi kembali menemui peminat Malaysia menerusi siri ketiga hari ini.
Tidak sampai 12 jam lagi, lima penyanyi tersohor India bakal mengegarkan pentas di Zepp Kuala Lumpur bermula pukul 8 malam ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Mojo Projects, Ratna K Nadarajan berkata, sambutan hangat diterima pada konsert Retro Rahman 1.0 dan 2.0, mendorong pihaknya sekali lagi membawa persembahan serupa ke ibu negara.
Menariknya, kata beliau, konsert yang diadakan sebagai menghargai AR Rahman itu akan mengimbas kembali lagu-lagu pada zaman kegemilangan tokoh muzik India itu, dari 1990-an hingga awal 2000.
Berbeza dengan konsert lain, beliau memberitahu, konsert-konsert anjuran Mojo Projects lebih 'selesa' diadakan dalam suasana berskala kecil.
"Saya mahu penonton yang hadir pada konsert ini menghayati alunan muzik, lirik dan nada dengan lebih dekat," katanya di sini, baru-baru ini.
Sementara itu penyanyi legenda Srinivas yang pernah menyanyi lebih 2,000 lagu dalam pelbagai bahasa termasuk Tamil, Malayalam, Telugu, Kannada dan Hindi mengakui sukar untuk mencari lagu sesuai untuk dinyanyikan pada konsert ini.
Ini kerana, katanya, kesemua lagu komposer muzik itu disifatkannya sebagai 'permata'.
Dari sudut lain, Srinivas mendapat pengiktirafan dengan lagu Maana daripada Minsaara Kanavu, diikuti En Uyire daripada filem Uyira arahan Mani Ratnam, iaitu naskhah versi Tamil bagi Dil Se.
Hasil gubahan Rahman membantu melonjakkan Srinivas ke puncak kemasyhuran.
Srivinas akan berganding dengan anak perempuannya, Sharanya, dan tiga lagi penyanyi popular S Haricharan, Rakshita Suresh dan Abhilash Venkitachalam.
Selepas Retro Rahman 3.0, Mojo Project akan membawa Mojo Live Jam yang menampilkan kumpulan Masala Coffee dan Staccato.
Ia akan disusuli dengan konsert yang dinanti-nantikan bakal memberi penghormatan kepada penyanyi mendiang SP Balasubramaniam, menampilkan anak lelakinya, dan yang terakhir membabitkan Malaysian Independent Live Fusion Festival (MILFF).
Topic Berkaitan
#AR Rahman
#Retro Rahman 3 0
#penyanyi India
#konsert
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan