awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM6 juta disediakan untuk program Hiburan Dari Rumah - Saifuddin

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2021
13:25 MYT
RM6 juta disediakan untuk program Hiburan Dari Rumah - Saifuddin
Saifuddin menjelaskan ramai penggiat seni muzik akan memperolehi manfaat dari program HDR yang dilancarkan pada Selasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM6 juta disediakan untuk menjayakan program Hiburan Dari Rumah (HDR) yang dilaksanakan di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma).
Menteri Komunikasi dan Multi Media Datuk Saifuddin Abdullah, memaklumkan seramai 960 orang pengiat muzik akan terlibat dalam Program HDR yang dilaksanakan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kali ini.
Saifuddin menjelaskan ramai penggiat seni muzik akan memperolehi manfaat daripada program HDR yang dilancarkan pada Selasa.
"Mereka (penggiat muzik) ini kalau nak dipecahkan ada 487 orang penyanyi, 172 pemain gitar, 104 orang pemain bass, 93 orang pemain drum, 80 orang pemain keyboard dan ada 24 dalam beberapa kategori yang lain," katanya ketika berucap di majlis penyerahan surat tawaran Dana Kandungan Digital Muzik (DKD Muzik) Tahun 2021 bagi Program HDR.
Beliau menjelaskan, pihaknya sedar tidak akan dapat memenuhi semua permintaan namun sekurang-kurang telah memulakan langkah membantu pengiat seni muzik.
"Kita mahu habiskan duit itu secepat mungkin, walaupun kita target untuk sehingga 31 Disember ini tapi kita jangan tunggu sampai 31 Disember,
"Jadi proses-proses permohonan yang berikutnya itu boleh diteruskan sekarang," katanya lagi.
Saifuddin berharap program HDR ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit suntikan kepada penggiat seni muzik tanah air.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#KKMM
#Hiburan Dari Rumah
#HDR
#Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia
#PRISMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan