KUALA LUMPUR: Kumpulan rock legenda tanah air, Search bakal muncul dalam Konsert Search Rock On 40 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 4 Disember ini.
Dalam majlis tandatangan yang berlangsung di pejabat Menara Network, baru-baru ini, vokalis Search, Datuk Suhaimi Abdul Rahman atau Amy meluahkan rasa bangga kerana berpeluang kembali ke pentas berprestij Istana Budaya sekali gus mengimbau nostalgia.
"Menjadi penghormatan buat kami beraksi di Istana Budaya serta bertemu dengan para peminat yang menyokong sejak 40 tahun lalu.
“Selepas lapan tahun kami kembali dan mempersembahkan rangkaian lagu yang dimainkan ketika zaman membuat persembahan di kelab gig untuk mengimbau kenangan.
“Segmen ini amat bermakna kerana ketika itu kami berjaya merubah landskap industri muzik yang dikuasai irama blues dan reggae," katanya.
Sementara itu, pihak penganjur Network Sdn Bhd, Datuk Ab Razif Asmuni berkata konsert Rock on 40 bertepatan dalam meraikan perkembangan kejayaan muzik rock sejak empat dekat lalu.
"Persembahan mega ini menandakan permulaan siri konsert rock jelajah ke seluruh negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura.
“Atas sambutan hebat daripada peminat, kami memilih untuk melanjutkan konsert ini bersama kumpulan legenda Search,” katanya.
Datuk Razif juga memberi bayangan bahawa persembahan selama tiga malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur akan membawa penonton kembali ke zaman kegemilangan muzik rock Malaysia dan dapat mendengar lagu hits yang jarang dipersembahkan di konsert sebelum ini.
Persembahan Search adalah acara kemuncak konsert Rock On 40 dan menjadi pelengkap kepada siri Rock On 40. Ini kerana akan ada konsert rock yang menampilkan penyanyi hebat genre muzik ini, seperti Man Kidal, Datuk Awie, Muss, Riz Halim dan Ella pada 2 dan 3 Disember ini.
Harga tiket bermula dari RM168, RM238, RM288, RM388, RM488 dan ruang VVIP berharga RM2,500 untuk sesi ramah mesra dengan melayari menaranetwork.com untuk pembelian tiket.
Faida Rahim
Tue Oct 11 2022
Kumpulan rock legenda tanah air, Search bakal muncul dalam Konsert Search Rock On 40 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 4 Disember ini. - Foto ihsan Network Sdn Bhd
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Istana Budaya bawa Teater Muzikal Hang Li Po ke pentas Encore Melaka
Pementasan teater muzikal itu dihidupkan kembali sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Istana Budaya anjur Festival Laman Santai Malaysia Madani terbesar tahun ini
Istana Budaya sentiasa bersifat terbuka dan komited dalam menyatupadukan masyarakat hingga ke akar umbi tanpa mengira bangsa.
Istana Budaya tawar konsert muzik klasikal Harga Rahmah
Peminat orkestra muzik klasik berpeluang menonton konsert A Celebration of Classical Music Lambang Sari Series 2023 diIstana Budaya dengan harga serendah RM30.
SOP baharu sewaan Istana Budaya berjaya atasi masalah hutang tertunggak
Antara SOP yang ditetapkan ialah setiap syarikat produksi perlu membuat pembayaran penuh sebelum membuat persembahan atau pementasan.
DBKL yakin KL Park Festival 2023 dapat sambutan
DBKL yakin acara KL Park Festival 2023 yang berlangsung bermula esok di Taman Tasik Titiwangsa, di sini mendapat sambutan meskipun keadaan cuaca kini tidak menentu.
Istana Budaya catat kutipan RM6.144 juta pada 2022
Istana Budaya mencatatkan penjualan kutipan tiket sebanyak RM6.144 juta hasil daripada 15 program dan 39 pementasan yang dipertontonkan sepanjang 2022.
'Kalau konsert artis luar penuh...' - Erma Fatima kesal program keagamaan tak dapat sambutan
Erma berkata, bukan mudah untuk menganjurkan program sedemikian apatah lagi yang berbayar.
Aura Search 'gegarkan' Istana Budaya
Sentuhan kumpulan rock legenda tanah air, Search ternyata masih berbisa menerusi konsert yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Ahad.
Menjejak nostalgia kembara Search di Istana Budaya
Ahad ini, kumpulan rock legenda negara akan mengadakan konsert istimewa dalam pementasan Search Rock On 40.
Rock On 40: Kumpulan Search gegar pentas Istana Budaya 4 Disember
Kumpulan rock legenda, Search bakal muncul dalam Konsert Search Rock On 40 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 4 Disember ini.