Album studio ke-17 AC/DC Rock or Bust disahkan akan berada di pasaran pada 1 Disember depan tanpa kehadiran Malcolm Young, lapor Classic Rock.

Rock or Burst merupakan album pertama tanpa kehadiran Malcolm Young dalam sejarah 41 tahun band rock asal Australia ini. Tempat Malcom Young digantikan oleh anak saudaranya, Stevie dan gitaris muda itu akan menyertai siri jelajah dunia AC/DC pada 2015.

AC/DC sekali lagi bekerjasama dengan penerbit Brendan O'Brien dan jurutera bunyi Mike Fraser. Trek pertama dari album ini, Play Ball akan dipersembahkan pada 27 September ini di saluran TBS.

Pengasas AC/DC yang juga pemain gitar, penulis lagu dan penolong penerbit album kumpulan tersebut, Malcolm Young dikhabarkan mengalami strok akibat darah beku dalam otaknya.

AC/DC ditubuhkan di Sydney, Australia pada 1973 oleh dua beradik Malcolm dan Angus Young yang juga pemain gitar utama. Kumpulan ini memiliki dua penyanyi utama dan penggemarnya terbagi dua antara penggemar era Bon Scott (1974-80), dan era Brian Johnson (1980-sekarang).

Antara album AC/DC yang paling diminati ialah album Highway To Hell (1979) dan Back In Black (1980).