awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen

Gempak
Gempak
12/03/2025
11:15 MYT
Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen. -Gempak
PENYANYI Rossa punya cara unik untuk mendapatkan pahala dan berkongsi rezeki di bulan Ramadan.

Ringkasan AI
  • Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
  • Warung ini bertujuan memberi manfaat, dengan harga murah dipengaruhi sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak.
  • Rossa berharap inisiatif ini memotivasi orang lain untuk berkongsi di bulan Ramadan.

Rossa diketahui telah membuka warung yang didirikan bersama beberapa sahabatnya dan menjual juadah berbuka puasa dengan harga cukup murah.
Salah satu menu yang disediakan di warung yang diberi nama Sawios di kampung halamannya di Sumedang malah hanya berharga 54 sen!
Dan juadah yang disediakan akan laris setiap hari dengan jualan beratus-ratus paket hasil dijual.
“Sebenarnya ini (warung) lebih kepada memberi manfaat. Kebetulan saya bersama teman-teman di kampung usahakan warung ini setiap hari sepanjang bulan Ramadan.
“Jadi biasanya menu yang dijual pada harga sekitar RM4.50 hanya dijual serendah 54 sen. Setiap hari sepanjang Ramadan ini,” ujar Rossa seperti dilaporkan Kompas.
Menurut pelantun Tegar ini lagi harga juadah yang murah dipengaruhi banyaknya sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak.
“Setiap kali Ramadan tiba, banyak pihak yang memberi sumbangan. Jadi kami fikir, mengapa harus dibayar (pembeli)?
"Cuma kami ambil sedikit wang untuk tampung pembelian barang basah bagi penyediaan makanan esok hari,” jelas Rossa.
Dengan inisiatif yang dijalankan, Rossa berharap agar ada banyak pihak lain termotivasi melakukan hal serupa.
“Mudah-mudahan jadi motivasi rakan lain untuk berkongsi di bulan mulia ini,” katanya menutup bicara. -Gempak
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#ROSSA
#gerai Ramadan
#CeritaRamadan2025
#Ramadan2025
#Sawios
#Sumedang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan