ROSSA dedah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan Shuk Sahar akhirnya tekad untuk bercerai.
Begitulah pendedahan yang dibuat oleh Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali dengan panggilan Rossa Sera yang juga isteri kepada pelawak Shuk Sahar tentang rumahtangga mereka yang sebelum ini diketahui umum sudah retak.
Perkongsiannya menerusi petikan dari Harian Metro, Rossa menerangkan dia dan suami sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dan mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian.
Malah ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga sudah tidak boleh menahan sabar dengan sikap curang suaminya lalu nekad untuk bercerai.
“Saya dalam proses failkan cerai terhadap Shuk.
"Saya nekad untuk bercerai kerana hampir lima tahun bertahan dengan penderaan emosi ini. Malah, sejak sebulan lalu kami tidak lagi tinggal bersama.
“Pelik kerana perceraian sudah dalam proses, kenapa mereka berdua tidak dapat bertahan seketika dan semakin ligat?
"Sebagai isteri, pastinya saya mempunyai naluri mengenai kehadiran wanita lain ketika Shuk bekerja di Pulau Pinang.
“Dia suka memanipulasi dan itu membuatkan saya sering memaafkannya.
"Apabila terbongkar begini, orang di luar sana yang berkongsi dan bertanya kepada saya,” ungkapnya seperti mana yang dilaporkan.
Kisah pasangan yang bernikah pada 20 Disember 2015 ini menjadi hangat apabila Rossa membongkar kecurangan suaminya menerusi platform media sosial.
Rossa telah memaafkan suaminya, namun takdir penentu segalanya apabila mahligai mereka terus dilanda badai setelah Shuk ditangkap curang.
“Apa yang penting kali ini saya tegas dengan keputusan untuk berpisah.
"Shuk dengan perempuan itu memang banyak kali berpakat.
"Rasanya cukuplah kesabaran saya sehingga ke tahap ini saja.
"Tempoh sebulan berjauhan ini memberikan saya ruang untuk berfikir dengan lebih mendalam.
“Keluarga juga tidak menghakimi atau membenci Shuk kerana apa pun keputusan terletak di tangan saya.
"Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat,” luah Rossa yang juga sebelum ini tidak menafikan dakwaan suaminya curang bersama wanita lain di Pulau Pinang apabila diajukan persoalan itu oleh netizen di akaun Instagramnya.
*Artikel asal di Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
Thu Nov 04 2021
ROSSA: Saya nekad untuk bercerai kerana hampir lima tahun bertahan dengan penderaan emosi ini. Malah, sejak sebulan lalu kami tidak lagi tinggal bersama. -Foto Instagram Rossa Sera
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Nahas helikopter Lumut: Video persiapan Raya jadi kenangan terakhir bersama arwah - Abang
Arwah dilihat begitu teruja membuat persiapan Aidilfitri dengan memesan langsir baharu berwarna putih dan keemasan.
S P Setia Berhad adakan Rumah Terbuka Raya 2024, kekal tradisi bertemakan batik
Pemaju hartanah terkemuka tempatan S P Setia Berhad menganjurkan sambutan rumah terbuka menerusi tema "Sentuhan Syawal, Setia Bersama" dalam usaha meraikan perpaduan komuniti Setia.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Chatbot Meta AI mula diberikan di WhatsApp, Instagram dan Messenger
Dengan Meta AI, pengguna boleh melakukan pertanyaan mengenai pelbagai topik yang mungkin ingin ditulis.
Instagram akan papar kemas kini Instagram Notes pada halaman profil
Sekiranya anda melakukan perkongsian di Instagram Notes, maka pengguna lain boleh melihatnya apabila melayari halaman profil anda.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Instagram dikemas kini dengan lebih banyak fungsi khusus untuk pencipta kandungan
Kesemua ciri ini diumumkan oleh Adam Mosseri yang merupakan ketua pegawai eksekutif Instagram menerusi video pendek di akaun rasmi baru-baru ini.
'Mana ada orang nak perdagangkan cinta' - Hasrat Sufian Suhaimi nak kahwin tak kesampaian
Sufian menjelaskan keputusan itu dibuat secara bersama dan menganggap apa yang jadi disebabkan mereka tidak lagi sehaluan.
Hannah Delisha alami keguguran - "Insya-Allah jumpa di syurga nanti"
Pelakon Hannah Delisha mendedahkan yang dirinya telah mengalami keguguran.
WhatsApp sedang bangunkan ciri 'mention' pada status
Ia dilihat sama seperti yang boleh dilakukan di Instagram Stories yang turut melibatkan kenalan lain secara langsung dalam status mereka.
TikTok bakal cabar Instagram dengan TikTok Photos
Kalau IG boleh tiru TikTok untuk fokus kepada video, kini giliran TikTok tiru IG untuk fokus kepada perkongsian gambar.
Lelaki rugi lebih RM30,000 terperdaya tawaran kerja sambilan di Instagram
Seorang pemuda kerugian RM30,700 akibat penipuan tawaran kerja sambilan melalui media sosial Instagram.
Instagram atasi TikTok sebagai aplikasi paling popular dimuat turun pada 2023
TikTok tahun lepas hanya menerima 733 juta jumlah muat turun iaitu 4% berbanding tahun sebelumnya.