awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serbuan terhadap kerja haram catat rekod tertinggi seluruh UK
Indonesia mula operasi pengubahsuaian cuaca kurangkan risiko banjir di Jakarta
Hungary tetapkan 12 April sebagai tarikh pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rossa hidupkan semula irama pop dance menerusi Asmara Dansa

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2025
04:50 MYT
Rossa hidupkan semula irama pop dance menerusi Asmara Dansa
Rossa kembali mencuri perhatian peminat dengan pelancaran mini album terbaharu berjudul Asmara Dansa yang telah menemui pendengar pada 10 Oktober lalu di bawah label Inspire Music.
PENYANYI pop ternama Indonesia, Datuk Seri Rossa kembali mencuri perhatian peminat dengan pelancaran mini album terbaharu berjudul Asmara Dansa yang telah menemui pendengar pada 10 Oktober lalu di bawah label Inspire Music.
Album ini merupakan penghormatan Rossa kepada dua legenda muzik serumpun, Chrisye (Indonesia) dan Datuk Sheila Majid (Malaysia) dengan sentuhan segar berkonsepkan pop dan dance club.
Menariknya, single utama album ini ialah versi baharu lagu klasik Sheila Majid, Sinaran yang diberi nafas moden dengan elemen rap oleh MK dari kumpulan K-Clique.
“Sebetulnya, sudah lama saya menyimpan hasrat untuk hasilkan album dengan nuansa pop dan dance club seperti ini dan saya gembira kerana akhirnya, hasrat itu tercapai,” kata Rossa.
Mengulas cabaran menghasilkan semula lagu ikonik Sinaran, Rossa berkata, secara peribadi beliau mahu memberikan kelainan berbanding versi asal.
“Sinaran itu lagu sejuta pendengar. Cabarannya ialah untuk hasilkan buat versi yang betul-betul berbeza. Sebab itu saya tambah rap di tengahnya, kolaborasi dengan MK K-Clique dan Dipha Barus,” jelasnya.
Pemilihan MK pula, jelasnya, bukan sekadar kebetulan.
“Oleh kerana Sinaran merupakan lagu Malaysia, saya inginkan sentuhan asli dari sana. Ini kali pertama saya kerjasama dengan MK dan ini juga lagu Malaysia pertama yang saya rakam semula,” tambah penyanyi berusia 47 tahun itu lagi.
Selain pelancaran album, Rossa turut mengumumkan jelajah Asmara Dansa di beberapa bandar utama Indonesia iaitu Jakarta (7 November), Bandung (15 November), Yogyakarta (29 November) dan Surabaya (5 Disember).
Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan penghibur kesayangan ramai itu boleh didapati melalui laman web rasmi http://asmaradansa.com.
Topic Berkaitan
#ROSSA
#Asmara Dansa
#irama pop dance
#sheila majid
#Chrisye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan