awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosyam Nor, Norman Hakim dan hero filem Tamil, Rajnikanth berganding dalam 'Kabali'

Gempak
Gempak
03/01/2016
06:14 MYT
Rosyam Nor, Norman Hakim dan hero filem Tamil, Rajnikanth berganding dalam 'Kabali'
Rosyam dan Norman telah memuat naik foto di akaun Instagram masing-masing ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertolak ke Chennai, India, pada Jumaat lepas. - Gambar Astro GEMPAK
Dua aktor Malaysia, Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim kini berada di India untuk menjalani penggambaran filem terbaru Rajnikanth berjudul 'Kabali'. Rosyam dan Norman telah memuat naik foto di akaun Instagram masing-masing ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertolak ke Chennai, India, pada Jumaat lepas. Astro Gempak difahamkan seorang lagi pelakon dari Malaysia iaitu Zack Taipan turut terlibat dalam filem tersebut, dan mereka bakal memulakan penggambaran bersama Rajnikanth bermula Sabtu (semalam) sehingga 15 Januari depan. Mereka dijangka pulang ke Malaysia pada 20 Januari untuk menyambung penggambaran di negara ini selama 50 hari. Selain tiga pelakon dari Malaysia, aktor popular Hong Kong, Jet Li dikatakan turut terlibat dalam filem ke-159 Rajnikanth itu. Di dalam filem itu, Rajnikanth bakal memegang watak ahli akademik, yang dikatakan berdasarkan kepada figura sebenar. Untuk filem ini, beliau memilih menggunakan krew penggambaran sama yang digunakan dalam pembikinan filem Tamil 'Madras'. Kabali' mendapat sentuhan pengarah India Pa. Ranjith dijangka mula ditayangkan pada April, 2017.
Topic Berkaitan
#Kabali
#Norman Hakim
#Rajnikanth
#Rosyam Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan