Skip to main content

Dunia

Trump batal serangan ke atas Iran untuk rundingan damai

Menurut Trump, beliau membatalkan serangan ketenteraan yang dirancang terhadap Iran selepas Tehran dan "negara Asia Barat lain" meminta masa untuk memuktamadkan rangka kerja perjanjian damai, dengan mengatakan Israel telah menyertai komitmen itu. - Gambar AP

Advertisement

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata pada Sabtu, beliau membatalkan serangan ketenteraan yang dirancang terhadap Iran selepas Tehran dan "negara Asia Barat lain" meminta masa untuk memuktamadkan rangka kerja perjanjian damai, dengan mengatakan Israel telah menyertai komitmen itu, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam catatan di platform media sosial milik beliau Truth Social, Trump mendakwa, kedua-dua pihak bersetuju dengan "perimeter" perjanjian berpotensi yang akan merangkumi pembukaan semula "segera, lengkap dan menyeluruh" Selat Hormuz dan menamatkan ancaman nuklear Iran.

Trump berkata, beliau bersetuju untuk membatalkan serangan itu "demi manfaat masa depan dunia dan, begitu juga, kelangsungan Iran yang berjaya dan makmur," sambil menambah bahawa keputusan itu bergantung pada pihak yang boleh "membuat perjanjian dengan pantas."

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement