Skip to main content

Teknologi

Amazon kukuh kedudukan AI menerusi pelaburan AS$50 bilion dalam OpenAI

71592365975_Amazon.jpg
Pelaburan tersebut memperkukuh kedudukan Amazon dalam sektor kecerdasan buatan (AI) serta menambah kepentingan strategiknya dalam OpenAI dan Anthropic, dua syarikat yang menjadi antara pemain utama dalam pembangunan AI generatif. -Gambar fail
Advertisement

SEATTLE: Amazon dilapor telah melengkapkan pelaburan bernilai AS$50 bilion (kira-kira RM223 bilion) dalam OpenAI, sekali gus membolehkan syarikat itu memperoleh hampir lima peratus pegangan ekuiti dalam firma pencipta ChatGPT berkenaan.

Pelaburan tersebut memperkukuh kedudukan Amazon dalam sektor kecerdasan buatan (AI) serta menambah kepentingan strategiknya dalam OpenAI dan Anthropic, dua syarikat yang menjadi antara pemain utama dalam pembangunan AI generatif, lapor Amanz.

Selain pegangan saham, urus niaga itu turut merangkumi kerjasama jangka panjang melibatkan penyediaan infrastruktur pengkomputeran awan Amazon Web Services (AWS) dan pembangunan teknologi AI pada masa depan.

Sebelum ini, Microsoft merupakan antara pelabur utama OpenAI.

Pelaburan terbaharu Amazon dijangka meningkatkan lagi persaingan dalam perlumbaan pembangunan AI yang melibatkan syarikat teknologi terbesar dunia.

Bagaimanapun, Amazon berkata syarikat itu akan terus memperkukuh pembangunan AI dalaman, termasuk meningkatkan keupayaan pembantu maya Alexa yang dikuasakan teknologi AI generatif.

Penganalisis pasaran berpendapat langkah itu mencerminkan strategi Amazon untuk mengukuhkan kedudukannya dalam sektor AI global sambil mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana satu model bahasa besar (LLM).

 

 

Must Watch Video

Advertisement