awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan gaji SSPA fasa kedua: KSN nasihat penjawat awam berbelanja berhemah
Kes rasuah bekas PTD: 'Sumbangan, tempoh khidmat tidak boleh jadi alasan elak proses undang-undang'
Parlimen: Kemasukan murid enam tahun tidak ubah struktur pendidikan - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosyam Nor raih anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di IFFA 2025

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2025
00:00 MYT
Rosyam Nor raih anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di IFFA 2025
Rosyam memikat juri menerusi lakonan mantap sebagai Inspektor Johari dalam filem Banduan, sekali gus menewaskan pencabar hebat termasuk Sandy Master, Shukri Yahaya dan Woody Harrelson. - Gambar Gempak
PELAKON tersohor tanah air, Datuk Rosyam Nor, mencipta sejarah apabila meraih anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di International Film Festival of Australia (IFFA) 2025, pada Sabtu.
Rosyam memikat juri menerusi lakonan mantap sebagai Inspektor Johari dalam filem Banduan, sekali gus menewaskan pencabar hebat termasuk Sandy Master, Shukri Yahaya dan Woody Harrelson.
Dalam majlis sama, Banduan turut dinobatkan sebagai Filem Terbaik Antarabangsa, mengukuhkan kedudukan karya tempatan di pentas global.
Filem ini juga mencatat kutipan lebih RM8 juta sejak ditayangkan pada 6 November lalu.
Selain Rosyam, Datuk Aaron Aziz turut tercalon bagi kategori Pelakon Filem Terbaik, menambah kebanggaan industri seni negara.
Banduan, arahan Kroll Azry dan terbitan Astro Shaw bersama Number Twenty One Media, merupakan adaptasi rasmi daripada filem pecah panggung India, Kaithi.
Ia mengisahkan seorang banduan yang bekerjasama dengan polis untuk menumpaskan sindiket dadah sambil berusaha menemui anak perempuannya.
Barisan pelakon turut dibintangi nama besar seperti Datuk Afdlin Shauki, Husyairi Hussain, Fadhli Masoot dan Abi Madyan.
Topic Berkaitan
#Rosyam Nor
#IFFA 2025
#Pelakon Pembantu Terbaik
#filem Banduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan