KUALA LUMPUR: Sejak beberapa tahun lalu, setiap kali menjelang Ramadan, saluran Astro Oasis (saluran 106) 
mengimarahkan sambutan bulan keberkatan itu dengan menyiarkan pelbagai program keagamaan sesuai dengan tuntutan semasa.

Antara yang menjadi jenama kukuh di saluran Astro Oasis tentu sekali program Geng Ngaji yang menampilkan ramai selebriti berkongsi kemahiran mereka membaca petikan surah ayat-ayat suci al-Quran.

Geng Ngaji yang memasuki musim keempat tahun ini terus meriah dengan penyertaan wajah-wajah baharu yang pasti akan menarik perhatian penonton.


Seperti hari ini pada hari ke-12 Ramadan, Geng Ngaji membawakan dua bintang yang cukup masyhur ketika ini iaitu yang legit dan yang legenda, Nadhir Nasar dan Roy Azman.

Gabungan pelakon senior dan muda dalam Geng Ngaji mahu sama menyertai platform yang boleh menawarkan manfaat kepada semua penonton khususnya yang beragama Islam.

Bermula pukul 5.30 petang hingga 7 malam ini, Nadhir yang juga bintang Projek High Council dan dan Roy Azman yang juga peserta Travelawak Projek Bapak-Bapak akan muncul dalam program Geng Ngaji untuk membaca surah Al-Ma’idah: Ayat 88.

Anda yang mahu sama menyertai program ini boleh sama-sama memeriahkannya dengan menyertai produksi melalui Skype akaun 'GengNgaji' atau menghubungi talian 03-89584266.

Jangan lupa untuk menonton Geng Ngaji bersama Nadhir Nasar dan Roy Azman petang ini.