awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sah dilamar Marvel, apa agaknya watak adiwira Keanu Reeves nanti?

Gempak
Gempak
20/06/2019
10:00 MYT
Sah dilamar Marvel, apa agaknya watak adiwira Keanu Reeves nanti?
Ramai peminat adiwira yang mahu pelakon Keanu Reeves muncul dalam mana-mana watak dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).
SEJAK kemunculannya dalam filem "John Wick", ramai peminat adiwira yang mahukan pelakon Keanu Reeves muncul dalam mana-mana watak dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).
Nampak gayanya harapan itu mungkin tercapai tidak lama lagi apabila pihak Marvel baru-baru ini telah memberi bayangan terhadap isu berkenaan.
Menurut Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, nama Keanu sentiasa muncul pada setiap filem atau projek yang dikeluarkan pihaknya sebelum ini.
BACA: Apa selepas 'Avengers: Endgame'? Ini senarai filem Marvel seterusnya
BACA: Tidak sentuh wanita ketika bergambar, Keanu Reeves dapat pujian ramai
Menurutnya, seperti mana pelakon lain, mereka masih menunggu kata putus daripada Keanu di samping memikirkan watak paling sesuai buatnya.
“Kami bercakap tentang Keanu dalam hampir setiap filem yang kami hasilkan. Kami sudah hubungi beliau saya tetapi saya tidak tahu bila beliau akan sertai MCU.
"Jika Keanu sertai kami, kami juga akan fikirkan jalan serta watak terbaik untuk beliau muncul dalam MCU.
“Perkara yang sama untuk Jake Gyllenhaal. Kami ambil masa untuk mencari watak untuk beliau dan kami rasakan watak Mysterio paling sesuai untuk Jake. Harap perkara ini dapat terjadi pada Keanu di masa akan datang,” katanya.
Selain Keanu, pelakon dan pengarah, Angelina Jolie turut 'dilamar' oleh Marvel beberapa bulan lalu.
Angelina kemudian mengesahkan perkara berkenaan dan akan berlakon dalam filem Marvel bertajuk 'The Eternals'.
Topic Berkaitan
#Angelina Jolie
#Jake Gyllenhaal
#John Wick
#Keanu Reeves
#Kevin Feige
#Marvel Cinematic Universe
#MCU
#Mysterio
#The Eternals
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan