KUALA LUMPUR: Pengarah muzik filem popular Kabali, lakonan Rajinikanth, Santosh Narayanan bakal menghangatkan lagi deman muzik India di Malaysia menerusi konsert Sounds of the South di Axiata Arena, pada Sabtu.

Sounds of the South bakal menjadi konsert antarabangsa pertama bagi Santhosh yang pernah menggubah muzik dalam pelbagai bahasa sejak 2012.

Menariknya, beliau bakal bergabung dengan anak perempuannya, Dheekshitha atau lebih dikenali sebagai Dhee di atas satu pentas yang sama untuk menghiburkan peminat.

Kolaborasi dua 'diva' itu akan  'mengegarkan' pentas selain kejutan yang bakal diberikan kepada peminat mereka.

Lagu Enjoy Enjaami nyanyian Dhee sehingga kini mendapat tontonan 433 juta sejak dimuat naik di laman YouTube pada 10 Mac 2021.

Konsert itu bakal mencipta detik ajaib kepada penonton di Malaysia dengan pentas yang direka untuk memberikan penonton pemandangan 360 darjah.





Pengarah Reacch Productions Sdn Bhd yang juga penganjur konsert, Suresh Subramaniam berkata, pihaknya menjangkakan kira-kira 13,000 peminat termasuk 2,000 pelancong dari Singapura dan India akan menghadiri konsert itu.

"Selain Dhee, penyanyi-penyanyi lain yang bakal mengegarkan pentas itu adalah Haricharan, Priyangka, Vijay Narain dan Dhruv," katanya. 


Jika anda salah seeorang penonton yang akan menyaksikan konsert Sounds of the South esok, ini lima perkara yang anda perlu tahu:
  1. Anda boleh mendapatkan wrist tag atau gelang tangan di kaunter tiket bermula pukul 1 tengah hari, Sabtu. 
     
  2. Pintu akan dibuka pada pukul 4 petang dan ditutup pada pukul 7 malam.
     
  3. 'Deejay Session' akan bermula pada pukul 6 petang.
     
  4. Konsert bermula pada pukul 7.30 malam.
     
  5. Anda tidak dibenarkan membawa masuk sebarang jenis alat muzik, makanan mahupun membuat rakaman.