Siri TV realiti TLC, Say Yes To The Dress (SYTTD) versi Asia akan membuat penampilan pertamanya pada 24 November ini yang bakal dihoskan oleh pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie dan pengacara Daphne Iking.
Apa yang menariknya dalam Say Yes To The Dress Asia ini busana perkahwinan dari pelbagai bangsa di Asia akan ditonjolkan, yang pasti ia akan melibatkan gabungan warna-warna meriah mengikut budaya dan adat pelbagai kaum seperti Cina, Melayu dan India.
Seramai 18 pasangan akan bersama-sama Jovian dan Daphne mencari busana yang tepat buat majlis perkahwinan masing-masing.
Rakaman perjalanan dalam pencarian gaun yang tepat bagi setiap pengantin akan dirakamkan dan ia pastinya akan melibatkan pelbagai emosi sebelum menjelangnya hari bersejarah itu buat semua pasangan.
“Budaya Asia yang kuat akan menampilkan perspektif berbeza dalam SYTTD versi Asia ini. Banyak kisah yang menyentuh hati yang mana faktor keluarga dan rakan memainkan pengaruh yang besar dalam keputusan pengantin perempuan,” kata Daphne yang juga merupakan perunding imej dalam SYTTD Asia.
Manakala bagi Jovian, SYTTD versi Asia ini lebih dari sekadar mencari gaun putih buat sesebuah perkahwinan.
“Apa yang membezakan acara ini adalah warna dan kepelbagaian perkahwinan Asia. Kita mempunyai pengantin dari pelbagai kaum dan anda boleh melihat budaya dan tradisi yang indah sebagai sebahagian daripada apa yang akan ditunjukkan dalam siri realiti ini,” kata Jovian yang turut membawakan beberapa busana rekaannya di dalam siri ini.
Pembikinan siri sebanyak lapan episod ini diadakan sepenuhnya di Lembah Klang membabitkan 18 pasangan pengantin.
Karya asal siri oleh Endemol Shine, SYTTD versi Asia ini akan menemui penonton pada 24 November jam 9 malam di TLC (Astro Channel 707).
Azyyati Ahmad
Wed Nov 15 2017
Seramai 18 pasangan akan bersama-sama Jovian dan Daphne mencari busana yang tepat buat majlis perkahwinan masing-masing.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Daphne Iking gembira ceritakan sejarah, keunikan Pesta Kaamatan kepada keluarga, rakan
Masih ramai rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di Semenanjung tidak begitu mengetahui sejarah, makna dan keunikan Pesta Kaamatan.
Selebriti terkenal giat bantu usahawan mikro melalui 'Power to Empower'
Usaha itu bagi memastikan kumpulan tersebut mampu menjana pendapatan dari rumah.
'Tidak pernah jadi isu' - Daphne Iking kongsi kemeriahan sambut Krismas di kampung
Menurut Daphne, bukan sesuatu yang luar biasa di Sabah menyaksikan sambutan Krismas diraikan semua ahli keluarga yang terdiri daripada penganut agama yang berbeza.
'Biar undi rosak, jangan hubungan kita rosak' - netizen kongsi #PickuplinePRU
Demam pilihan raya yang semakin hangat membuatkan netizen mengambil kesempatan mencurahkan idea dan kreativiti di platform media sosial.
Majlis akikah anak Jovian dan Nina Ismail Sabri meriah macam kenduri kahwin!
Majlis akikah anak pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie iaitu Jeannelle Nika Mandagie diadakan dengan meriah semalam.
Say Yes To The Dress Asia tonjol keunikan gaun perkahwinan Asia
Siri TV realiti TLC, Say Yes To The Dress (SYTTD) versi Asia akan membuat debut pertamanya pada 24 November ini.