awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya masih cuba fahami apa yang berlaku' - Chris Rock buat kemunculan pertama

Najib Aroff
Najib Aroff
31/03/2022
02:28 MYT
'Saya masih cuba fahami apa yang berlaku' - Chris Rock buat kemunculan pertama
Selepas kejadian di Oscar, tiket jelajah Rock di Boston habis dijual dalam masa singkat. -Reuters
CHRIS Rock membuat kemunculan pertama di pentas komedi di Wilbur Theater, Boston, sejak insiden dilempang Will Smith pada majlis Anugerah Akademi Ahad lalu.
Menurut beberapa laporan portal antarabangsa, Rock yang berpakaian serba putih menjelaskan tentang insiden itu di hadapan penonton.
Dalam monolog pembukaannya, Chris dilihat berlinang air mata sebelum disambut dua kali tepukan gemuruh selama beberapa minit.
"Bagaimana hujung minggu anda?" kata Rock sambil disambut tawa penonton.
"Tidak ada banyak perkara saya boleh katakan, saya akan bercakap tentang insiden ini pada masa yang sesuai.
"Saya masih cuba fahami apa yang berlaku," katanya sebelum meneruskan sesi komedi tersebut.
Pelawak terkemuka itu kini dalam siri jelajah "Ego Death Tour".
Selepas kejadian di Oscar, tiket jelajah Rock di Boston habis dijual dalam masa singkat.
Terdahulu, Rock tiba di Wilbur Theater sambil disambut media dan peminat, namun beliau meluru masuk tanpa memberikan sebarang reaksi.
Topic Berkaitan
#Chris Rock
#Will Smith
#Oscar
#Anugerah Akademi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan