awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya pakai cantik-cantik masuk Perdana Foundation nak jumpa Tun Siti Hasmah tapi ..." - Mei Fen

Gempak
Gempak
18/07/2018
10:24 MYT
"Saya pakai cantik-cantik masuk Perdana Foundation nak jumpa Tun Siti Hasmah tapi ..." - Mei Fen
Persetujuan Tun Siti itu menyuntik semangat buat Mei Fen dan produksi Tanah Akhirku untuk memberikan yang terbaik pada pementasan yang bermula 28 Ogos hingga 2 September nanti. - Foto: @meifenlim
PENERBIT dan pelakon teater Tanah Akhirku, Mei Fen Lim mendedahkan dia tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan persetujuan Tun Siti Hasmah untuk menjadi penaung naskhah sulung terbitannya.
Kata Mei Fen, dia menulis surat untuk isteri Perdana Menteri itu dan ingin menyerahkan sendiri kepada beliau namun dihalang daripada memasuki kawasan Perdana Foundation.
"Saya tulis surat untuk Tun Siti, pakai cantik-cantik dan terus menuju ke Perdana Foundation tapi tak dapat masuk pun.
"Kemudian, saya cakap baik-baik dan merayu kepada pengawal keselamatan meminta jasa baik mereka untuk menyerahkan surat itu kepada Tun Siti.
"Tak disangka-sangka pula sehari selepas itu saya mendapat kata putus daripada pihak Tun Siti yang bersetuju menjadi penaung teater Tanah Akhirku," katanya kepada Gempak.
Lebih menggembirakan apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Siti sendiri bakal menonton teater pada 28 Ogos nanti.
Persetujuan Tun Siti itu menyuntik semangat buat Mei Fen dan produksi Tanah Akhirku untuk memberikan yang terbaik pada pementasan yang bermula 28 Ogos hingga 2 September nanti.
Tanah Akhirku yang akan dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya itu turut dibintangi Izzue Islam, Erma Fatima dan Nina Nadira. - Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
#Istana Budaya
#Mahathir Mohamad
#Mei Fen Lim
#pelakon
#penerbit
#Perdana Menteri
#Siti Hasmah
#Tanah Akhirku
#Tun Siti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan