awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya tak lalok, orang sengaja nak kenakan saya" - Uqasha Senrose

Gempak
Gempak
07/05/2018
10:38 MYT
"Saya tak lalok, orang sengaja nak kenakan saya" - Uqasha Senrose
Dadah itu ditemui apabila Uqasha dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (kanan), selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi semalam.
PELAKON jelita Uqasha Senrose menafikan dakwaan dirinya berada dalam keadaan khayal semasa ditahan pihak polis pada tengahari semalam.
Pelakon drama 'Tundukkan Playboy Itu' turut disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5.
"Saya tidak 'lalok' langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif," katanya memetik laporan Harian Metro.
Uqasha yang juga kakak kepada pelakon Nelydia Senrose dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpanya.
"Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini," katanya.
BACA: Nelydia Senrose jadi mangsa?
Sementara itu, menurut laporan Utusan Online, Uqasha kini kembali ke set penggambaran drama 'Rahsia Hati Perempuan' arahan Michael Ang.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.
Dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi semalam.
Sumber: Harian Metro Foto: @uqashasenrose2
Topic Berkaitan
#Dadah
#erimin
#Nelydia Senrose
#Uqasha Senrose
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan