PENYANYI legenda Ramlah Ram akui tidak beberapa bersetuju dengan kehadiran lagu-lagu raya yang disuntik dengan elemen moden keterlaluan.
Menurut Ramlah, dia juga dia tidak bersetuju jika ada yang menganggap penghasilan muzik hanya untuk tujuan tular semata-mata.
“Karya muzik yang dihasilkan itu biarlah boleh diterima akal.
"Mungkin akan ada yang menganggap ia adalah karya yang bertujuan untuk tular semata-mata.
“Kalau boleh diterima akal, okay.
"Kalau saya secara peribadi, saya tak setuju kalau lagu Aidilfitri nak dimodenkan sangat dan keterlaluan.
"Tapi bergantung selera masing-masing. Macam saya, saya lebih sukakan lagu elemen tradisional yang boleh buat ramai mengimbau kenangan bila dengar," katanya.
Jelasnya, secara jujur dia tidak mahu industri seni diracuni oleh karya dan individu sebegini.
"Contohnya kalau orang yang nak menyanyi, biarlah dia boleh menyanyi dan janganlah semudah itu nak jadi penyanyi.
“Kita yang cintakan muzik tak mahu diracuni dan dirosakkan oleh benda sebegini.
"Bukan lagu Aidilfitri sahaja, bahkan lagu-lagu lain juga. Tapi, siapalah saya nak tegakkan pendapat saya," katanya.
Ramlah Ram berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0, di Bangi Resort Hotel. baru-baru ini.
Sekadar info, Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0 ini bakal berlangsung pada 4 Jun depan di Bangi Resort Hotel.
Menariknya konsert ini akan menggabungkan barisan artis legenda seperti Ezad Lazim, Zarul Umbrella, Baggio, Tam Spider, Ibnor Riza, Rahmat Mega dan penyanyi bersuara lantang Ramlah Ram.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.com
Gempak
Wed May 04 2022
RAMLAH: Kita yang cintakan muzik tak mahu diracuni dan dirosakkan oleh benda sebegini. - Gempak
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Malaysia terus komited sokong OIC
Malaysia terus berpegang teguh kepada sokongan terhadap pertubuhan kerjasama islam (OIC) dalam mempromosi keamanan, keselamatan dan pembangunan ummah.
Ramlah Ram dapat genggam mikrofon sendiri selepas 37 tahun jadi penyanyi
Kongsi Ramlah menerusi hantaran di media sosialnya, mikrofon terbabit direka mengikut warna kegemarannya iaitu putih dan emas.
Tahniah Hijau, sudah tiga dekad usiamu!
Diam tak diam lagu Hijau nyanyian Datuk Zainal Abidin sudah berusia 30 tahun dan masih relevan sehingga ke hari ini.
Diserang sesak nafas, pengurus artis Mas Omar meninggal dunia
Mas Omar tidak menunjukkan sebarang tanda sakit sebelum diserang sesak nafas secara tiba-tiba dan menghembuskan nafas terakhir.
Selepas lapan tahun, #TomTomBak kini kembali
#TomTomBak akan mula bersiaran pada 6 September 2019.
"Telan kaset ke apa?" - Video Ramlah Ram nyanyi lagu 'berhantu' buat netizen tergamam
Penyanyi era 80-an, Ramlah Ram telah mendapat perhatian ramai apabila menyanyikan lagu bernada tinggi dengan mudah.
Bakal bergelar ibu, Fiza Frizzy kini hamil sebulan
Pengacara dan personaliti televisyen, Fiza Frizzy akui bahawa dirinya kini sedang hamil sebulan.
Ramlah Ram tak sunyi hidup solo, tak fikir soal kahwin
Penyanyi Ramlah Ram mengaku tidak sunyi hidup bersendirian tanpa suami di sisi dan tidak terfikir soal kahwin buat masa ini.
Album baru Ramlah Ram diterbitkan kelab peminat
Dalam kesukaran syarikat rakaman menerbitkan album, penyanyi Ramlah Ram bertuah apabila albumnya dihasilkan kelab peminat.