ENTERTAINMENT
'Saya tidak kecewa, tapi saya marah...' - Hafidz Roshdi

Hafidz bersama peguamnya di luar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. - Foto Sinar Harian
LEBIH setahun memendam rindu, pelakon Hafidz Roshdi akhirnya diberikan hak lawatan penuh sementara ke atas dua anaknya, Humairah, 8, dan Umar, 5, selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membenarkan permohonan hak lawatan interim.
Ringkasan AI
- Pelakon Hafidz Roshdi akhirnya dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk bertemu dua anaknya, Humairah dan Umar, selama dua minggu bermula 29 Mei.
- Bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, membawa anak-anak menetap di Australia tanpa persetujuan Hafidz.
- Hafidz menegaskan bahawa bekas isterinya perlu membawa anak-anak kembali ke Malaysia kerana keputusan mahkamah dibuat dalam bidang kuasa negara ini.
“Saya juga pernah minta untuk berjumpa sebelum Aidilfitri tahun lepas, tapi pelbagai alasan diberi dan akhirnya pertemuan itu tidak menjadi,” katanya.
Menurutnya, lebih menyedihkan apabila beliau langsung tidak dimaklumkan tentang perkembangan anak-anaknya.
Shuhada kini membawa dua anak menetap di Australia.
“Sekurang-kurangnya beritahu saya mereka berada di mana, nombor telefon, sama ada bersekolah atau tidak. Saya sebagai bapa ada hak untuk tahu. Saya bukan kecewa, tapi saya marah,” ujarnya.
Bagaimanapun, Hafidz bersyukur apabila akhirnya berpeluang bertemu anak-anaknya hujung Mei ini, bersempena cuti persekolahan.
“Alhamdulillah, saya dapat hak lawatan. Insya-Allah hujung bulan lima nanti saya akan dapat jumpa anak-anak saya,” katanya penuh keterujaan.
Mengulas kemungkinan perlu ke Australia jika bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri tidak membawa pulang anak-anak, Hafidz berkata perkara itu tidak akan berlaku kerana keputusan mahkamah perlu dihormati.
“Saya tidak akan ke sana, itu pasti. Dia perlu bawa balik dan serahkan kepada saya. Kes ini berlaku di Malaysia, jadi bidang kuasanya juga di sini. Dia membawa anak ke luar negara tanpa persetujuan saya, maka keputusan itu tidak diiktiraf,” tegasnya.

Shuhada kini membawa dua anak menetap di Australia.
Terdahulu, Hafidz memfailkan tuntutan hadanah penuh dan interim selepas lebih setahun tidak dapat bertemu anak-anaknya yang dipercayai berada di Australia bersama bekas isterinya.
Mahkamah membenarkan hak lawatan interim bermula 29 Mei ini selama dua minggu, dan dua anaknya akan berada di bawah jagaan bapanya sepanjang tempoh itu sebelum diserahkan kembali kepada ibu mereka.
Hafidz berkahwin dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 sebelum disahkan bercerai pada 27 Julai 2023. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami