SIAPA yang tidak kenal kumpulan lelaki baharu YG Entertainment, TREASURE, yang sudah menempa nama di seantero dunia?
Biarpun baru membuat debut pada Ogos lalu, kumpulan yang dianggotai 12 jejaka tampan itu merangkul anugerah Artis Baharu Lelaki Terbaik pada Mnet Asian Music Awards 2020.
Dalam satu temu bual eksklusif bersama AWANI Pagi, TREASURE mendedahkan bahawa mereka menjadikan peminat mereka sebagai sumber inspirasi untuk berjaya.
“Selepas membuat debut, kami membuat ‘comeback’ sebanyak dua kali berturut-turut.
“Semasa membuat persiapan, saya menerima banyak motivasi daripada TREASURE MAKER.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong dan menyayangi kami sejak kami membuat debut dan dua ‘comeback’ ini,” kata vokalis utama, Bang Ye Dam.
Penyanyi rap, Yoo Jae Hyuk pula meluahkan rasa seronok kerana dapat bertemu dengan peminatnya menerusi panggilan video di majlis ‘fan signing’ dan berharap dapat berbual-bual dengan lebih kerap bersama-sama TREASURE MAKER.
“Ia sungguh seronok pada panggilan video di majlis ‘fan signing’ dengan ahli-ahli kami.
“Saya ingin mengadakan acara itu dengan lebih kerap. Saya sering mempunyai perbualan seperti itu.
“Sayang sangat pada Treasure Maker,” ujarnya.
Sementara itu, penyanyi rap, Yoshi mengucapkan terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan kepada kumpulannya.
“TREASURE MAKER Malaysia, ribuan terima kasih atas minat dan kasih sayang kalian.
“Sehingga kami bertemu secara bersemuka, jaga diri anda baik-baik dan semoga kami dapat bertemu dalam keadaan yang sihat.
“Saya sayang kamu,” katanya.
TREASURE merupakan kumpulan baharu yang ditampilkan YG Entertainment selepas empat tahun, berikutan kejayaan dengan kumpulan sensasi Korea Selatan, Blackpink pada 2016.
Kumpulan yang dianggotai lapan ahli dari Korea Selatan dan empat ahli dari Jepun itu terbentuk daripada finalis rancangan televisyen, ‘YG Jewel Box yang bersiaran antara November 2018 dan Januari 2019.
Isabelle Leong
Sat Dec 19 2020
TREASURE merupakan kumpulan baharu yang ditampilkan YG Entertainment selepas empat tahun, berikutan kejayaan dengan kumpulan sensasi Korea Selatan, Blackpink pada 2016.
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu