Bintang Hollywood, Scarlett Johansson dilaporkan berkahwin dengan tunangnya Romain Dauriac dalam satu majlis yang dirahsiakan pada Oktober lalu.

Berita itu dipetik dari majalah People, Isnin lalu.

Johansson, 30, yang popular dengan wataknya di dalam filem Lost in Translation, The Avengers dan beberapa filem arahan Woody Allen mengahwini Dauriac yang merupakan wartawan Perancis di Montana.

Pasangan tersebut telah dikurniakan seorang anak perempuan, Rose yang berusia tiga bulan.

Johansson yang pernah dilabel sebagai pelakon simbol seks Hollywood turut membintangi filem hit Girl with a Pearl Earring dan Lucy.