AKTOR Sean Connery yang dikenali dunia selepas membintangi filem James Bond memiliki banyak fakta menarik yang boleh dikongsikan.

Berikut beberapa fakta tentang lelaki yang pernah digelar sebagai “lelaki paling seksi yang masih hidup” daripada majalah People.

BACA: Pelakon James Bond Sean Connery meninggal dunia

1) Dilahirkan pada 25 Ogos 1930 di Fountainbridge, Edinburg, Scotland.

2) Ibunya Euphemia McBain hanyalah seorang tukang cuci sahaja manakala bapanya pula merupakan pekerja kilang dan pemandu lori.

3) Pekerjaan pertama Sean dalam ialah sebagai penjual susu di Edinburg, sebelum menyertai Tentera laut.

4) Pernah dibuang daripada tentera laut disebabkan ulser duodenum.

5) Dia pernah menolak tawaran bekas pengurus Manchester United Matt Busby yang kagum dengan fizikal Sean untuk menjadi pemain bolasepak, namun dia menolaknya kerana menganggap kerjaya itu hanya akan bertahan sekitar umur 30 tahun.

6) Sean mula mengenali dunia lakonan ketika mencari wang tambahan untuk menampung perbelanjaan dengan menyertai sebuah produksi muzikal di Pasifik Selatan sebelum diberi kepecayaan memegang watak Leftenan Buzz Adams.

7) Sean membuat penampilan pertama dalam dunia perfileman pada 1954 dengan hanya memegang watak pelakon tambahan 'Lilacs in the Spring'.

8) Walaupun diagungkan sebagai watak yang dimainkannya dalam filem James Bond namun ramai yang tidak tahu bahawa dia pernah menyatakan rasa menyampah dengan wataknya dalam filem tersebut. Dia pernah dilaporkan berkata "Saya selalu benci James Bond tak guna itu. Saya ingin bunuh dia!”

9) Dia pernah digelar “The Greatest Living Scot” (Orang Scotland Paling Hebat yang masih hidup) dan “Scotland's Greatest Living National Treasure" (Harta Scotland Terhebat yang masih hidup) selain diundi sebagai "Sexiest Man of the Century" (Lelaki Paling Seksi dalam Abad ini) pada usia 69 tahun.

10) Antara anugerah yang pernah dirangkul termasuklah Anugerah Academy, dua Anugerah BAFTA, tiga anugerah Golden Globes dan Anugerah Henrietta, serta dianugerahkan gelaran “Sir” oleh Ratu Elizabeth II pada Julai 2000 dan penerima Kepujian Pusat Kennedy di Amerika Syarikat.