HIBURAN
Sean Paul gegar KL Oktober depan

Peminat boleh menikmati lagu-lagu popular seperti Get Busy dan Temperature, serta single terkini Ginger yang sedang mencetus fenomena. - Sinar Harian
BINTANG global dancehall, Sean Paul, sah bakal menggegarkan pentas Malaysia menerusi konsert istimewa pada 10 Oktober depan yang akan berlangsung di Idea Live Arena, Kuala Lumpur.
Ringkasan AI
- Konsert Sean Paul di Kuala Lumpur pada 10 Oktober: Bintang dancehall antarabangsa, Sean Paul, akan mengadakan konsert eksklusif di Idea Live Arena, Kuala Lumpur, dianjurkan oleh Epic Elation dan rakan strategik.
- Persembahan Lagu Hit dan Single Terbaharu: Peminat boleh menikmati lagu-lagu popular seperti Get Busy dan Temperature, serta single terkini Ginger yang sedang mencetus fenomena di platform muzik.
- Tiket Dijual Bermula 21 Julai: Tiket ditawarkan dalam pelbagai kategori dengan harga antara RM363 hingga RM493, termasuk zon eksklusif seperti No Lie dan Shake That Thing berhampiran pentas.
Peminat boleh menjangkakan persembahan penuh bertenaga dengan lagu-lagu hit serta karya terbaharu, termasuk single terkininya, Ginger yang kini mencipta fenomena di pelbagai platform penstriman muzik.
“Kami amat teruja untuk membawa Sean Paul kembali bertemu peminat di Malaysia pada Oktober ini. Konsert ini bukan sekadar persembahan, ia adalah satu sambutan muzik, budaya dan hubungan sejagat.
“Dengan kerjasama rakan-rakan strategik, kami komited untuk mempersembahkan sebuah pengalaman hiburan secara langsung yang luar biasa,” ujar wakil Epic Elation selaku penganjur.
Sementara itu, Sean Paul turut meluahkan rasa teruja untuk kembali ke negara ini.
“Setiap kali berpeluang bertemu dengan peminat di seluruh dunia, ia adalah satu nikmat. Saya tidak sabar untuk kembali ke Malaysia. Sokongan dan tenaga daripada peminat Malaysia memang luar biasa.
“Saya paling bersemangat ingin menyampaikan single terbaharu, Ginger secara langsung. Lagu ini punya aura, dan saya yakin penonton akan menikmatinya,” ulas pemuzik dan penyanyi rap berusia 52 tahun itu.
Tiket konsert akan mula dijual secara rasmi pada 21 Julai menerusi fantopia.io dan peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan.
Untuk pilihan tempat duduk dan harga, terdapat beberapa kategori yang ditawarkan mengikut zon dan pengalaman berbeza. Antara yang paling menjadi rebutan sudah pasti Zon No Lie (RM493) dan Shake That Thing (RM473), masing-masing untuk tempat duduk dan berdiri berhampiran pentas.
Zon berdiri Temperature juga ditawarkan pada harga RM393, manakala untuk tempat duduk di aras kedua, peminat boleh memilih antara Get Busy (RM463), Ginger (RM433), We Be Burnin’ (RM393) dan Superfan (RM363). -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami