Gambar dua pekerja Pos Malaysia yang sedang berbuka puasa ini memaparkan realiti sebenar yang tidak semua bernasib baik untuk berbuka bersama ahli keluarga tercinta.
Gambar terbabit dimuat naik oleh seorang individu bernama Iskandar Muadz sejak semalam dan kini tular di Facebook hingga dikongsi sebanyak 4,500 kali oleh netizen
Malah beberapa jam kemudian posting terbabit turut dikongsi oleh laman rasmi Facebook Pos Malaysia sendiri.
Menurut posting Iskandar Muadz itu, kedua-dua pekerja Pos Malaysia ini difahamkan sedang bertugas lebih masa dan secara kebetulan telah dijemput oleh tuan rumah untuk makan bersama memandangkan telah masuk waktu berbuka.
"Kesian adik-adik pos laju ni. Syukur masih ada yang baik hati panggil diorang masuk berbuka sama. Bila ditanya, mereka ini ada kerja lebih masa, sibuk sangat," katanya.
Tambahnya, dia menasihatkan pada mereka yang membeli barang secara atas talian diharapkan supaya banyakkan bersabar dan bertabah.
"Tolak ansur sikit, mereka bukan robot. Kalau ada kesilapan kecil boleh selesaikan pelan-pelan," katanya.
Sementara itu netizen mendoakan supaya tuan rumah dan dua pekerja Pos Malaysia ini dimurahkan rezeki. Tambah manis, gambar ini turut menarik perhatian netizen yang bukan beragama Islam.
Ini antara komen mereka:
Gempak
Fri May 10 2019
Pekerja Pos Malaysia ini difahamkan sedang bertugas lebih masa dan secara kebetulan telah dijemput oleh tuan rumah berbuka bersama.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
#JendelaRamadan: Bazar Ramadan mana paling trending?
Menjengah ke bazar Ramadan atau kadangkala dipanggil param oleh sesetengah orang menjadi aktiviti wajib apabila masuknya bulan puasa.
Bubur pedas Sarawak pilihan utama
Bubur Pedas menjadi sajian pilihan utama penduduk di Sarawak ketika berbuka dan bersahur.
Tips makanan sihat sepanjang Ramadan
Setiap Ramadan adalah menjadi trend kebanyakan orang untuk berbuka dengan sajian hidangan buffet.