JIKA sebut sahaja nama penyanyi kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah sudah pasti anda akan terfikirkan lagu balada yang menusuk jiwa.

Dan sudah pasti penyampaian Dayang pada setiap lagu baladanya akan meninggalkan kesan kepada peminat dan pendengar.

Namun kali ini, Dayang hadir dengan single terbaharu dengan genre yang agak berbeza menerusi lagu berjudul Sebentar.

Rata-rata peminat meminati lagu ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan kerana ia memberikan satu dimensi lain buat mereka yang ingin mendengarkan sesuatu yang berbeza daripada Dayang setelah sekian lama dengan lagu bergenre balada.

Antara reaksi daripada peminat selepas mendengar single terbaharu Dayang Nurfaizah


Sejak dilancarkan di laman YouTube Faithful Music, lagu tersebut sudah di dengari oleh lebih daripada 19 ribu pendengar.