Bekas pemenang rancangan mencari bakat 'Singapore Idol', Hady Mirza dikesan menjadi pemandu Grab di republik itu apabila seorang penguna aplikasi berkenaan memuat naik rakaman paparan yang menunjukkan kereta Grab yang ditempahnya dipandu oleh penyanyi popular itu.
Kejadian yang berlaku sekitar tiga minggu lalu itu menyaksikan Hady berdaftar sebagai pemandu Grab mengunakan nama sebenarnya Muhammad Mirzahady Amin, lapor akhbar Straits Times.
Rakaman paparan berkenaan dimuat naik pemilik akaun Twitter @HanisRojo. Beliau yang jelas teruja dengan pengalaman itu bagaimanapun enggan bersua foto dengan penyanyi yang pernah mencetuskan sensasi di republik itu sekitar sedekad lalu.
Straits Times juga mengesahkan kesahihan akaun berkenaan dan mendapati Hady memandu Toyota Wish dan memperoleh penarafan lima bintang.
Hady, bagaimanapun, enggan memberikan sebarang komen ketika dihubungi.
Nama Hady Mirza mengecap populariti kalangan warga Singapura selepas memenangi siri TV realiti 'Singapore Idol' pada 2006.
Beliau yang kini berusia 37 tahun itu kemudian menjuarai Asian Idol pada 2007, mengalahkan pemenang Idol lain dari Malaysia, Indonesia, India, VIetnam dan Filipina. Malaysia ketika itu diwakili Jaclyn Victor.
Hadi sudah merakamkan dua album, masing-masing pada 2006 dan 2008. Album pertamanya memperoleh status platinum hanya selepas empat hari diterbitkan.
Bagaimanapun Hady bukan satu-satunya individual terkenal yang memandu untuk perkhidmatan e-hailing berkenaan.
Sebelum ini, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dilaporkan pernah memandu Uber, antara lain untuk mengumpul dana bagi tujuan kebajikan.
Astro Awani
Tue Jan 09 2018
Straits Times juga mengesahkan kesahihan akaun berkenaan dan mendapati Hady memandu Toyota Wish dan memperoleh penarafan lima bintang.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Lohong hitam terbesar di Bima Sakti dikesan, 33 kali lebih besar daripada matahari
Penemuan dilakukan oleh teleskop angkasa lepas Gaia yang dilancarkan ESA pada tahun 2013 untuk mengambil gambar berbilion bintang.
Adibah Noor, bintang serba boleh yang akan dirindui
Siapa sangka di sebalik keceriaan yang sering ditampilkan di hadapan khalayak, Allahyarham sebenarnya menderita penyakit kanser ovari tahap empat.
Zamrose ketuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat N. Sembilan
Zamrose, 60, dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Pelakon Aamir Khan positif COVID-19
Pelakon popular Aamir Khan menjadi selebriti Bollywood terbaharu yang disahkan positif COVID-19.
Yang Dipertua Negeri P. Pinang, Sabah, Melaka dahului senarai penerima darjah kebesaran Wilayah Persekutuan
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mendahului senarai 335 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat.
Arnold Schwarzenegger mengakui 'rasa hebat' selepas pembedahan jantung
Pelakon itu, yang dilahirkan dengan kecacatan jantung, menjalani pembedahan kecemasan pada 2018 bagi menggantikan injap pulmonari.
Tengku Maimun, Arshad Ayub dahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Pingat sempena Keputeraan Agong
Tengku Maimun dan Dr Arshad merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran 'Tun'.
Ketua Hakim Negara dahului penerima darjah kebesaran Pulau Pinang
Terdapat dua penerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Lapor kepada KPDNKK, KKM jika 8 jenama sardin tin ini masih terjual
Pengguna di Lahad Datu dinasihatkan melapor kepada pihak penguatkuasa jika terdapat lapan produk ikan sardin dalam tin yang diarah tarik balik, masih dijual di pasaran.
370 terima pingat sempena Hari Wilayah
22 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.