awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
Gaza perlukan 200,000 unit rumah pasang siap penuhi keperluan kemanusiaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Selamat hari lahir Ayash Affan" - Shuib rai ulang tahun pertama anak bongsu

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2022
03:20 MYT
"Selamat hari lahir Ayash Affan" - Shuib rai ulang tahun pertama anak bongsu
Ayash Affan genap setahun usianya pada 6 Ogos lalu.
PEJAM celik, pejam celik 365 hari sudah berlalu.
Selama tempoh itu juga, penyanyi terkenal tanah air, Siti Sarah Raisuddin kembali ke rahmahtullah akibat COVID-19.
Pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos 2021 ditangisi ramai kerana pada penghujung hayatnya, Allahyarham sedang sarat hamil anak keempat hasil perkongsian hidup dengan pelawak dan ahli perniagaan berjaya, Shuib Sepahtu.
Takdir menentukan Siti Sarah dijemput ke negeri abadi meninggalkan cahaya mata keempat sebagai meneruskan kasih dan sayang selebriti yang sangat disayangi ramai itu.
Ayash Affan dilahirkan secara pembedahan dua hari sebelum ibunya menutup usia.
Tiga hari lalu, Ayash Affan yang genap usianya setahun dikelilingi oleh ayah, adik-beradik, kaum keluarga serta rakan-rakan yang meraikan kehadirannya dengan penuh kasih sayang.
Semua itu terpancar pada perkongsian yang dibuat oleh Shuib menerusi media sosial terutamanya pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya.
Kata Shuib perkongsian di akaun media sosialnya itu merupakan kenangan berharga buat dirinya.
“Simpan buat kenangan, hari lahir Ayash Affan yang pertama, 06.08.2022”, tulis Shuib ringkas pada kapsyen.
View this post on Instagram
A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)
Dalam perkongsian sama, Ayash menerima dua biji kek sebelum dinyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu dan Happy Birthday oleh Shuib dan keluarganya.
Sambutan sederhana namun cukup bermakna itu turut dihadiri ibu kepada Shuib, Salamiah Jalani dan bapa mertuanya, Raisuddin Hamzah.
Perkongsian Shuib juga mendapat maklum balas daripada ramai selebriti yang menitipkan doa buat Ayash.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima hampir satu juta tontonan dan 130,000 tanda suka.
Selain Ayash, perkahwinan Shuib dan Sarah turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarani, 11, Dzahira Talita, 9 dan Ariq Matin, 7.
Topic Berkaitan
#Siti Sarah meninggal dunia
#Siti Sarah ditidurkan
#COVID-19
#Ayash Affan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan