Siapa yang tidak kenal Britney Spears!

Bintang pop terkenal itu menyambut hari kelahirannya yang ke-34 minggu ini. Bermula dengan lagu 'Hit Me Baby One More Time, nama Britney Spears terus melonjak naik di dalam persada industri hiburan.

Namun ketika di puncak, Britney Spears mengalami masalah peribadi sehingga ia menjejaskan kerjayanya.

Wartawan antarabangsa turut meramal kerjaya beliau akan berkahir. Tidak mahu mengalah, beliau melancarkan 'comeback' dan kini kembali aktif dengan album baharu dan juga sebagai penyanyi tetap di Las Vegas.

Sempena hari kelahiran bintang pop ini, berikut adalah 34 fakta menarik tentang Britney Spears.

1. Nama penuh: Britney Jean Spears

2. Dilahirkan pada 2 Disember 1982 di McComb, Mississippi, Amerika Syarikat

3. Adik perempuan Jamie Lynn Spears ikut jejak dalam bidang hiburan namun berhenti seketika setelah hamil pada usia 16 tahun pada tahun 2007

4. Mula kerjaya ketika menjadi salah satu ahli The Mickey Mouse Club bersama Justin Timberlake dan Christina Aguilera

5. Lancar single pertama ‘Baby One More Time’ pada 1999

6. Pernah merakamkan 8 album (Baby One More Time, Opps! I did it again, Britney, In The Zone, Blackout, Circus, Femme Fatale, dan Britney Jean)

7. Pernah berlakon dalam 5 filem (Longshot, Crossroads, Austin Powers in Goldmember, Pauly Shore is Dead, dan Fahrenheit 9/11

8. Pernah lancar cermin mata hitam dengan jenama Shades of Britney pada tahun awal 2000.

9. Pernah tulis buku bertajuk ‘Heart to Heart’ pada tahun 2000 dan seterusnya A Mother’s Gift (2001) dan Stages (2002). Buka pertama dan kedua ditulis bersama ibunya Lynne Spears.

10. Pada Februari 2001, Britney Spears terima bayaran sebanyak $7-8 juta untuk jadi jurucakap Pepsi.

11. Setelah tiga tahun berkenalan, Britney Spears berpisah dengan kekasih Justin Timberlake pada 2002.

12. Buka restoran Nyla di New York pada 2002 namun umum keluar kerana masalah pengurusan.

13. Dinobatkan sebagai selebriti paling berpengaruh oleh majalah Forbes pada tahun 2002.

14. Persembahan bersama Madonna dan Christina Aguilera pada anugerah MTV Video Music Awards dapat perhatian ramai kerana Spears dan Madonna bercium ketika akhir persembahan.

15. Mula tukar imej kepada lebih seksi dengan album Britney pada tahun 2001.

16. Terima bintang di Hollywood Walk of Fame pada tahun 2003.

17. Berkahwin dengan Jason Allen Alexander pada 2004 namun perkahwinan dibatalkan pada tahun yang sama.

18. Berkahwin dengan Kevin Federline pada 2004 dan bercerai pada 2007.

19. Mempunyai dua anak bersama Kevin Federline bernama Jayden James dan Sean Preston.

20. Mula mengalami masalah peribadi pada tahun 2006.

21. Britney Spears masuk pusat pemulihan pada Februari 2007 untuk satu hari sahaja sebelum ke sebuah salon di Los Angeles dan cukur rambutnya.

22. Menang besar pada acara MTV Video Music Awards tahun 2008, terpaksa anugerah ‘Video of the Year’.

23. Britney Spears lancar album ‘Circus’ sebagai album comeback pada tahun 2008.

24. Pengawal peribadi saman beliau atas dakwaan gangguan seksual namun kes diselesaikan di luar mahkamah pada 2012.

25. Dipilih sebagai juri dalam program nyanyian The X Factor dengan bayaran $15 juta.

26. Britney Spears tidak kembali untuk menjadi juri untuk musim seterusnya. Terdapat banyak laporan media tentang ini, antaranya beliau dipercayai dipecat oleh Simon Cowell.

27. Britney Spears disenarai sebagai pemuzik wanita dengan pendapatan paling tinggi tahun 2012.

28. Duet bersama Iggy Azalea untuk lagu ‘Pretty Girls’ namun hanya duduki tangga ke-29 dalam carta Billboard.

29. Mula lancar minyak wangi pada 2004 dan pada lima tahun pertama, berjaya jual satu juta botol, bernilai $1.5 bilion.

30. Merupakan pengasas The Britney Spears Foundation dengan misi untuk bantu kanak-kanak yang memerlukan.

31. Lancar pakaian dalam wanita jenama The Intimate Britney Spears Collection pada tahun 2014. Ia kini boleh didapat di lebih dari 200 negara.

32. Walaupun pernah menerima pelbagai anugerah hiburan, Britney Spears hanya berjaya menang satu anugerah Grammy untuk lagi ‘Toxic’ pada tahun 2005.

33. Terima anugerah Michael Jackson Video Vanguard Award di anugerah MTV Music Video Awards 2011.

34. Kini penyanyi tetap di Las Vegas menerusi konsert ‘Britney: Piece of Me’.